Assalamualaikum...
agak lama saya menyepi...hanya kerana kesibukan menguruskan hal-hal rumah tangga...biasalah,bila dah sihat, perlulah menyelesaikan segala kerja rumah yang tergendala sebelum ni...siapa kata suri rumah kerja senang & boleh duduk goyang kaki?sebenarnya bila jadi suri rumah ni, kalau orang tengok rumah kita kotor sikit je, orang boleh mengata kita tau...itu hanya perumpamaan...maksudnya saya kena sentiasa pastikan rumah saya bersih & semua kerja rumah selesai...oklah, saya pun tak nak cerita tentang hal orang lain kat blog saya...
hari sabtu, 26 Januari yang lepas, saya niat untuk training qusyairi free drypers sepenuhnya...sebelum ni saya pernah cuba training & success...tapi bila nak bawa dia berjalan, saya tak confident & mula pakaikan dia pampers semula...jadi bila training sangkut-sangkut, qusyairi keliru walaupun dia selalu cakap dengan mama, dia dah tak nak pakai pampers...untuk hari pertama iaitu hari sabtu, memang success...bila qusyairi nak buang air kecil, dia akan cakap, "mama ayie nak kencing" & dia terus bukak seluar sebelum ke tandas...bila qusyairi nak tido malam, dia cakap juga tak nak pakai pampers, tapi mama tak confident, takut dia "terkucil" kat atas tilam...so mama pujuklah qusyairi untuk pakai pampers masa tido malam...hmm, pengsan nak keringkan tilam kalau dia "terkucil" nanti...