::Join ChurpChurp::

Wednesday, October 31, 2012

Tuesday, October 30, 2012

Anniversary Giveaway by AlyzaFisol.com


saya join giveaway lagi... 
sekadar ingin mencuba nasib...
ok, bagi rakan-rakan yang ingin join, boleh klik banner di atas...

Monday, October 29, 2012

Allah Maha Adil

kadangkala pasti terselit rasa cemburu di hati kita melihat orang yang punya segalanya; cantik & berharta...tetapi bila sudah mengenalinya, ternyata dia ada masalah, dilema hidup, kurang kasih sayang & perhatian daripada suami ataupun ahli keluarga yang tidak tahu menghargai pengorbanannya...

ada pula yang seolah-olah mudah sahaja perjalanan hidupnya; bekerja, berkenalan, mudah sahaja bertemu jodoh, bertunang & berkahwin...tetapi diduga pula dengan kesukaran untuk mendapat cahayamata sehingga terbeban dengan kata-kata mendesak & sinis yang tidak henti-henti daripada masyarakat sekeliling...

Segmen Bloglist Pelangi Me & My Family


bagi rakan-rakan yang berminat nak join, boleh klik banner di atas...


Giveaway Me & My Family


bagi rakan-rakan yang ingin join giveaway tersebut, just click banner di atas...

Thursday, October 25, 2012

i miss my mom

saya rindu kat mak...pukul 10 malam tadi mak beritahu yang mak dalam perjalanan ke Padang Arafah...insyaAllah hari ini, 9 Zulhijjah jemaah haji akan menunaikan ibadah wukuf di Padang Arafah...bagi kita, umat Islam yang berada di sini, sekiranya tidak mempunyai keuzuran, mari kita menunaikan puasa sunat sempena hari arafah...

Wednesday, October 24, 2012

Wordless Wednesday #1




Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com


GiveAway dari blog Yana Yassin... 
bagi rakan yang nak join, boleh klik banner di atas atau pun klik sini...


Monday, October 22, 2012

Segmen: Up Kan Followers Dengan Mendadak!!!"


saya telah ditag oleh saudara Zamani untuk join segmen dari blog Ain...
so saya cuba memberanikan diri untuk join segmen ni...
hmm, first time join segmen...
bagi rakan-rakan yang berminat nak join, boleh klik banner di atas...

5 Panduan Untuk Makanan Yang Selamat

1. Jaga Kebersihan


Tuesday, October 16, 2012

Perlu Ke?

seorang rakan lama bertanya pada saya, apa aktiviti saya sebagai suri rumah, tak bosan ke buat benda yang sama setiap hari & tak rasa nak cari kerja ke?bila sudah ditanya dengan soalan seperti itu, saya mula terfikir, perlu ke saya mencari kerja?

saya bukan seorang yang memilih kerja...pelbagai pekerjaan pernah saya cuba sebelum bekerja dengan jawatan kontrak selama 3 tahun 2 bulan di PPD Segamat...saya pernah bekerja sebagai operator di kilang elektronik semasa menunggu keputusan matrikulasi dan bekerja sebagai jurujual di kedai kain & kedai komputer semasa cuti semester universiti...selepas tamat pengajian di usm, saya bekerja sebagai it administrator di sebuah hypermarket di Johor Bahru, hampir 2 tahun saya bekerja di sana...tetapi semua pekerjaan tersebut adalah semasa saya belum berkahwin...

Sunday, October 14, 2012

♥ i love him ♥

kelmarin, 12 Oktober suami saya keluar bekerja pukul 7.00 pagi dan balik dari kerja pukul 12.05 tengah malam...hmm, maknanya dah masuk 13 Oktober...sungguh gigih suami saya bekerja...sebagai seorang isteri, saya hanya mampu berdoa semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk suami saya...bukan ingin berbangga apa-apa, tetapi saya bersyukur suami saya seorang yang kuat bekerja sejak dahulu hingga sekarang...

apa pekerjaan suami saya?suami saya bukan seorang yang berjawatan besar, tetapi hanyalah seorang pemandu lori trailer yang bekerja "makan gaji" dengan sebuah syarikat swasta...sudah lebih 5 tahun dia bekerja dengan syarikat tersebut...setiap hari dia akan balik ke rumah, cuma waktu dia pergi & balik kerja sememangnya tidak menentu...apa pun saya bersyukur dengan pekerjaan suami saya...ini kerana dengan pekerjaan tersebut, dia telah mengizinkan saya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa...

Thursday, October 11, 2012

betulkan yang biasa dan biasakan yang betul


setiap manusia berhak dengan jalan hidup mereka sendiri, tapi berapa ramai dari kita yang boleh menerima jalan hidup orang lain tanpa perlu mempertikaikan "kenapa"...

Sunday, October 7, 2012

Rukun Islam Kelima

Alhamdulillah, mak & satu-satunya adik lelaki saya telah selamat berlepas untuk menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu fardhu haji...kami telah menghantar mereka ke Senai Airport pada pagi semalam, 6 Oktober 2012...

kami bergerak dari rumah mak di benut lebih kurang pukul 4.45 pagi & kami tiba di masjid yang berdekatan dengan airport sebelum pukul 6 pagi...selepas menunaikan solat subuh, kami terus bergerak menuju ke airport...

Wednesday, October 3, 2012

indahnya memaafkan


"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...