::Join ChurpChurp::

Wednesday, December 26, 2012

gambar passport qusyairi

disebabkan qusyairi sudah merequest mahu sekolah, akhirnya si ayah bersetuju membenarkan qusyairi masuk taska yang berada di kampung kami...jadi pada hari khamis minggu lepas, saya telah membawa qusyairi melihat taska tersebut...ketika itu, tidak ada siapa di taska tersebut...saya pun tidak pasti waktu operasi ataupun mereka memang sedang bercuti...akhirnya saya mengambil salah satu nombor yang tertera pada banner di pagar luar taska tersebut...

petangnya saya terus menghubungi cikgu norhafizah untuk bertanyakan prosedur mendaftar qusyairi masuk ke taska...menurut cikgu tersebut, saya perlu datang mendaftar pada 2hb Januari nanti & 3hb iaitu esoknya barulah mereka akan memulakan operasi...

salah satu syarat untuk mendaftar adalah perlu membawa 4 keping gambar passport qusyairi...pagi tadi selepas ke klinik, kami terus membawa qusyairi untuk mengambil gambar passport...so inilah hasilnya, gambar passport qusyairi...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...