tengah hari Sabtu lepas, qusyairi jatuh tertiarap atas jalan tar sehingga "terkoyak"
di lutut kanan...after jatuh, mama terus basuh luka & bawa qusyairi ke hospital tangkak...
di hospital, doktor sapu ubat kuning & "gam" di
bahagian yang "terkoyak" tu...selama 2 hari qusyairi asyik cakap "mama, kaki ayie sakit" & "mama, ayie tak boleh
jalan" sehinggakan hanya mahu mama dukung dia untuk ke mana-mana...
lepas tu, mama terus lap
bahagian luka dengan kain basah & sapu minyak gamat...Alhamdulillah petang hari yang sama, qusyairi
mula bermain macam biasa & rumah kembali jadi "tongkang pecah"...mama tak kisah rumah macam "tongkang pecah" ke apa, yang penting qusyairi kembali aktif
seperti biasa...siap dia cakap kat mama, "mama, ayie dah sihat, dah boleh naik
basikal"...
seriously, selama 2 hari qusyairi hanya duduk & tidak berjalan, mama rasa "kehilangan"...kadang kala dia merengek kerana terasa sakit, membuatkan mama hampir mahu menangis...ketika itu mama berdoa supaya ditunjukkan jalan untuk memulihkan luka qusyairi...Alhamdulillah, akhirnya minyak gamat yang benar-benar "mengeringkan" luka tersebut...terima kasih Ya Allah...
p/s: sori, tidak ada gambar...mama terlupa hanya kerana terlalu memikirkan jalan untuk memulihkan qusyairi...
1 comment:
semoga adik ayie segera sembuh.salam kenal n hepi wkend.Done follow
Post a Comment