- Kebanyakan di antara kita lebih mengenali orang lain, tetapi tidak mengenali diri kita sendiri...Kerana hanya sibuk mencari kesalahan dan kekurangan orang lain tanpa menghitung kekurangan dan kesilapan sendiri...
- Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia di depan mata...
- Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza...Semalam kanak-kanak, hari ini remaja, dan esok hari tua...Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk kita hidup sengsara, kerana semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna...
- Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas...
- Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri...Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan...
- Sekiranya kita meletakkan satu nilai kecil ke atas diri kita sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga kita itu...jadi, hargailah diri kita sendiri...
Monday, November 4, 2013
hargailah diri kita sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment