Alhamdulillah, i've publish my personal blog...
mungkin agak kelakar atau ketinggalan zaman kerana baru sekarang saya menyibukkan diri dalam dunia blogging...ketika sudah ramai blogger muda dengan blog yang serba canggih, saya baru belajar mengexplore satu persatu tentang dunia blogging...
sebenarnya sudah lama saya ada niat untuk berblogging, tapi bila ada rasa kurang confident dalam diri, ia tetap tak menjadi...akhirnya, setelah sekian lama menjadi "silent reader" & "followers" kepada blog-blog lain, pada hari ini, 29 November 2011 bersamaan dengan 3 Muharram 1433H, rasa confident sudah ada dalam diri, barulah saya berjaya merealisasikan minat untuk berblogging...i'm really like this tagline; "sharing is caring"
saya masih belajar banyak perkara tentang dunia blogging...mungkin ada ayat yang terlalu skema, tetapi itulah saya...saya agak kurang selesa menggunakan ayat yang singkat di dalam blog...i'm sorry because of my bahasa melayu is not good, but i'll try my best...
segala yang terkandung di dalam blog ini adalah berdasarkan perasaan, pendapat & pengalaman saya...saya akui saya bukan seorang motivator & bukan seorang yang boleh dijadikan contoh...niat saya sekadar ingin berkongsi cerita & ilmu yang tidak seberapa yang mungkin boleh dijadikan panduan...
**semua gambar di dalam blog saya bukan gambar yang diphotoshoot oleh mana-mana photographer tetapi kebanyakannya adalah hasil saya "mengambil sendiri" atau diambil oleh ahli keluarga dengan menggunakan kamera digital yang biasa...jadi saya minta maaf jika gambar di blog saya agak kurang berkualiti...
p/s: walaupun dah ada blog, belum ada ahli keluarga mahupun rakan-rakan terdekat yang tahu kerana saya agak segan untuk memberitahu kepada sesiapa...mungkin bila entri dah agak banyak, baru saya "berani" nak beritahu pada diaorang...
No comments:
Post a Comment