::Join ChurpChurp::

Wednesday, November 30, 2011

Khasiat Madu Asli Dalam Mengubati Batuk

saya mengalami demam, batuk & selsema yang agak teruk pada bulan Disember tahun 2009...ketika itu saya sedang mengandung 2 bulan...bayangkan betapa seksanya batuk yang tidak berhenti-henti selama 2 minggu sampaikan "terkucil" ketika sedang memandu...disebabkan saya sedang mengandung, mak tidak menggalakkan saya minum ubat batuk & menyarankan supaya saya minum madu asli...

jadi saya minum madu asli bersama air suam 2 kali sehari iaitu waktu pagi & malam...Alhamdulillah, setelah 3 hari saya mengamalkannya, saya sembuh seperti sedia kala...(ketika itu suami membeli madu asli dari rakan sekampung yang berharga rm60.00 untuk sebotol besar)

selepas itu saya terus terlupa khasiat madu sehingga saya batuk & selsema pada bulan September tahun 2011 iaitu selepas hari raya tahun ni...bila seminggu saya batuk kemudian menjangkit pada qusyairi, saya mula terfikir untuk minum madu semula...(huhu, dah sakit barulah ingat)

disebabkan rakan sekampung kami sudah tidak menjual madu asli lagi, saya telah membeli madu Za'faran (sebotol berharga rm19.00)...ketika itu qusyairi berumur setahun 2 bulan, jadi saya campurkan 1 ml madu bersama secawan air suam (sangat cair)...Alhamdulillah, saya & qusyairi sembuh...sehingga sekarang, saya amalkan pada qusyairi untuk minum air masak bersama madu setiap pagi & malam...

**PENTING**

- Pastikan madu tersebut benar-benar asli
(petua untuk memastikan madu tersebut sama ada asli atau tidak adalah letak madu tersebut di dalam peti ais, sekiranya madu tersebut berubah warna & terdapat kerak putih di bawah botol, madu  tersebut adalah tidak asli)

- Sila gunakan sudu plastik untuk mengambil madu

- Jangan biarkan madu berada dalam keadaan yang terlalu panas atau terkena sinaran cahaya matahari (direct sunlight)...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...