::Join ChurpChurp::

Tuesday, November 29, 2011

saat-saat terindah dalam hidup wanita

ada pendapat mengatakan bahawa saat-saat terindah dalam hidup seorang wanita adalah jika kehidupannya sudah lengkap iaitu berkahwin; ada suami & ada anak...hmm, betul ke?

gambar di atas hanya sebagai contoh, bukan dengan tujuan untuk berbangga dengan kehidupan saya...

saya bukan seorang yang suka bertanya kepada rakan-rakan sebaya atau berumur lebih dari saya yang masih bujang dengan soalan-soalan klise seperti; "bila nak kahwin?" atau "bila nak makan nasi minyak?"...saya juga tidak suka bertanya kepada rakan-rakan malahan adik saya sendiri yang telah berkahwin tapi belum mempunyai anak dengan soalan klise berkenaan anak seperti, "bila nak ada anak?" atau "dah ada isi ke belum?"...ini kerana saya yakin semua itu adalah qada' & qadar dari Allah...

tapi berapa ramai di kalangan kita; masyarakat melayu beragama Islam yang tidak akan bertanya soalan-soalan klise tentang jodoh kepada wanita yang masih belum berkahwin?saya juga pernah melalui situasi itu kerana saya berkahwin ketika berumur 28 tahun...

tentang soalan berkenaan anak, saya juga pernah melaluinya ketika pergi kenduri di kampung, 2 bulan selepas berkahwin, seorang makcik telah bertanya, "dah ada isi ke belum?"...bila saya jawab, "Alhamdulillah dah ada"...makcik tu terus diam, tak tanya apa-apa lagi...saya bersyukur kerana saya agak cepat diberikan rezeki untuk mengandung iaitu sebulan selepas berkahwin...tetapi cuba bayangkan jika ketika itu saya belum mengandung, pasti ada soalan-soalan lain yang akan ditanya oleh makcik tersebut seolah-olah saya tahu tentang rezeki dari Allah...

kedua-dua isu ini sangat sensitif bagi kebanyakan wanita namun ia tetap menjadi isu favourite di kalangan orang kita...orang kita sememangnya "prihatin" sehingga mereka tidak sedar "keprihatinan" mereka telah melibatkan sensitiviti orang lain...mungkin mereka "terlupa" yang perkara berkaitan jodoh & rezeki adalah qada' & qadar Allah iaitu ia hanya boleh berlaku dengan ketentuan dari Allah...

bukankah lebih baik jika mereka mendoakan supaya wanita tersebut cepat bertemu jodoh atau cepat mendapat anak berbanding mereka asyik bertanya soalan-soalan "cepumas" seperti itu?

insyaAllah setiap orang ada jodoh & rezeki masing-masing, cuma bila semua itu datang kepada kita, tidak ada siapa yang tahu kerana kita hanya manusia biasa...

jadi kepada rakan-rakan yang melalui situasi seperti ini, you all tidak perlu bersedih...ini adalah dugaan dalam kehidupan...jangan hanya kerana mereka mempertikaikan status kita, kita bersedih sehingga terdesak untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah...tidak perlu kita membalas balik dengan kata-kata pedas terhadap mereka...kita memang tak boleh menutup mulut sesiapa, jadi biarkan sahaja jika mereka rasa "bahagia" bila mengata kita...mereka hanya akan faham keadaan kita jika mereka atau ahli keluarga mereka sudah berada di tempat seperti kita...

p/s: berfikiran positif & sentiasa bersangka baik dengan Allah...jodoh pertemuan, rezeki & ajal maut kita semuanya ditentukan oleh Allah...tugas kita sebagai hambaNya yang paling penting adalah Doa, Usaha, Ikhtiar & Tawakal...namun bila semua itu akan datang pada kita, sememangnya kita tidak akan tahu...jika kita lambat dapat apa yang diingini, jangan bersedih tetapi yakinlah bahawa perancangan Allah sememangnya lebih baik dari perancangan kita & Allah tidak akan menduga kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita...

**jangan menunggu pasangan yang sempurna baru BERKAHWIN, tetapi berkahwinlah, insyaAllah KESEMPURNAAN akan hadir dalam hidup kamu...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...