kami berkumpul di ruang menunggu PPD Segamat pada hari Jumaat, 11/11/2011 selepas solat maghrib...mengikut jadual, bas akan bergerak pada pukul 7.30 malam...namun akhirnya bas tiba ke PPD pada pukul 8.20 malam & bergerak ke kuala perlis tepat pukul 8.30 malam...
lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami diarahkan untuk menaiki feri ke pulau langkawi & kami tiba di jeti pulau langkawi hampir pukul 10.00 pagi...
di jeti pulau langkawi, kami menaiki bas persiaran bersama seorang tourist guide...kami dibawa breakfast dahulu...(saya tak pasti di mana sebab saya sangat lapar)
lokasi seterusnya di kilim geoforest park adalah pusat ternakan ikan..(sori, saya tak pasti kalau ada nama yang lebih best untuk tempat ni)
belangkas pun ada |
kemudian kami dibawa bersiar-siar di sekitar kilim geoforest park untuk menikmati keindahan alam sambil melihat helang-helang yang berterbangan (MasyaAllah, sememangnya sungguh indah alam ciptaan Allah)...
setelah puas bersiar-siar dengan menaiki bot, kami meninggalkan kilim geoforest park hampir pukul 1.00 tgh hari...
No comments:
Post a Comment