::Join ChurpChurp::

Tuesday, December 13, 2011

Wanita Hebat

wanita hebat bukan sekadar seorang yang berwajah cantik, berperwatakan menarik, berpendidikan tinggi, memegang jawatan tinggi mahupun bergaji besar...tetapi wanita hebat adalah seorang yang dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna...

apa tanggungjawab seorang wanita?
tanggungjawab yang paling utama & terpenting adalah tanggungjawab pada Allah iaitu menunaikan kewajipan sebagai hambaNya & tanggungjawab pada diri sendiri iaitu menjaga kehormatan diri supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah...

selain itu, tanggungjawab sebagai anak atau pelajar adalah menghormati ibu bapa & guru, menjaga hati mereka, menjaga nama baik mereka, belajar atau bekerja dengan baik & yang paling penting selepas solat, sentiasa mendoakan mereka sama ada mereka masih ada atau telah meninggal dunia...kenapa guru?tidak kira sama ada pelajar sekolah, penuntut di kolej atau universiti, sebenarnya guru atau tenaga pengajar merupakan insan yang wajib dihormati & terpenting dalam kehidupan kerana tugas mereka yang mendidik serta memberi ilmu semasa di sekolah atau kolej atau universiti...

tanggungjawab sebagai isteri & ibu pula adalah menghormati suami, menyediakan kelengkapan suami & anak, memberi didikan yang baik pada anak, menjaga hati serta nama baik suami & sudah tentunya selepas solat, berdoa untuk kesejahteraan & kebahagiaan sekeluarga...tanggungjawab sebagai isteri juga termasuk tanggungjawab pada ibu bapa mertua...(jika kita ingin anak yang terbaik, jadilah contoh yang terbaik kepada anak kita)

sumber gambar: google

bagaimana untuk menjadi wanita hebat?
sama ada kita sebagai anak, pelajar, isteri mahupun ibu, kita perlu melaksanakan tanggungjawab kita dengan sebaik-baiknya & seikhlas hati kerana jika kita mantap dari segi tanggungjawab kita, insyaAllah hidup kita sempurna & bahagia...bahagia bukan dari apa yang orang lain nampak terhadap kehidupan kita, tapi apa yang kita rasa dalam kehidupan kita...jika kita gembira dengan kehidupan kita, insyaAllah itulah kebahagiaan kita yang sebenar...

**seorang wanita hebat juga adalah seorang yang tabah & masih mampu tersenyum walaupun ketika itu hatinya sedang menangis...

Datuk Dr Maznah Hamid - seorang wanita hebat yang saya kagumi sejak dahulu
(sumber gambar: utusan online)

p/s: jika ingin orang lain menghormati kita, kita harus belajar memperbaiki diri & menghormati orang lain...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...