::Join ChurpChurp::

Friday, December 23, 2011

mencari jalan penyelesaian lebih baik daripada mencari punca

Alhamdulillah, pada hari ini, 23/12/2011 qusyairi genap setahun 5 bulan...mama sentiasa berdoa supaya qusyairi sentiasa berada dalam keadaan sihat...sebenarnya sebelum qusyairi berumur setahun, 2 kali qusyairi ditahan di wad...kali pertama di hospital tangkak pada 23/4/2011 hingga 25/4/2011 & kali kedua di hospital segamat pada 7/7/2011 hingga 10/7/2011...kedua-duanya atas sebab yang sama, qusyairi muntah-muntah selama satu malam sehingga apa pun yang masuk dalam mulutnya akan keluar balik....jadi semasa di wad, doktor bagi drip (masuk air) sebab qusyairi dah kehilangan banyak air (dehydrated)...

wad kanak-kanak hospital tangkak
wad kanak-kanak hospital segamat
mama sendiri pun tidak pasti penyebab atau punca qusyairi mengalami sakit seperti itu...menurut doktor, mungkin disebabkan faktor persekitaran sama ada udara, air atau makanan kerana hasil ujian darah terhadap qusyairi tidak menunjukkan dia terkena jangkitan kuman ataupun denggi...apa yang pasti setiap kali qusyairi muntah, dia akan menangis semahu-mahunya...mungkin kerana sudah terlalu lapar sebab semua pasti keluar balik termasuk air masak...dalam keadaan seperti itu, mama turut menangis sama kerana terlalu sedih & risau membayangkan kesakitan yang dialami oleh qusyairi...

mama tidak mahu menyalahkan sesiapa walaupun agak terpempan bila menghadapi situasi seperti ini...apa pun mama anggap ini dugaan buat mama & mama redha...mungkin mama terlalu memandang ringan hal penjagaan anak sehingga terlepas pandang penyebab-penyebab kecil yang boleh memberi kesan pada bayi...

selepas kali kedua qusyairi masuk wad ketika berumur 11 bulan 2 minggu, mama hanya berfikir untuk mencari jalan penyelesaian buat qusyairi...tidak perlu untuk mama sibuk mencari punca kerana kejadian tersebut telah pun berlaku...

pada hari pertama qusyairi masuk wad di hospital segamat, berat qusyairi hanya 8 kg...bila mama tengok di kad check up bayi, berat 8 kg bagi kanak-kanak setahun berada di garisan kuning (kategori kurang berat badan)...mama tidak mahu qusyairi berada di garisan kuning...jadi mama mula memikirkan jalan untuk menaikkan berat qusyairi...sebelum qusyairi keluar dari wad, mama bertanya pada doktor, bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut...doktor menyarankan supaya mama memberi qusyairi minum susu pediasure & juga memberi supplement seperti appeton lysine untuk qusyairi...(sebelum umur setahun qusyairi minum susu isomil)

keesokan hari selepas qusyairi keluar dari wad, mama terus beli pediasure vanila (harga rm65.50 untuk 900 gram) & appeton lysine (harga rm22.00 untuk 120 ml)...sukatan appeton lysine adalah 2.5 ml untuk sehari...

sumber gambar: google

sumber gambar: google

Alhamdulillah, pada hari isnin, 25/7/2011 qusyairi check up untuk setahun & berat qusyairi adalah 8.6 kg...naik 600 gram dalam masa 2 minggu & qusyairi pun sudah mula berselera untuk makan...sejak saya memberi appeton, bekal makanan qusyairi yang saya buatkan untuk ke rumah pengasuh juga habis setiap hari...ini membuatkan saya semakin excited untuk memasak makanan yang pelbagai sebagai bekal makanan qusyairi di rumah pengasuh...setiap hari saya akan menukar menu supaya qusyairi tidak bosan & suka dengan makanan...bila qusyairi sudah nampak perubahan dari segi selera makan & badan yang nampak berisi daripada dulu, saya sudah kurangkan dos untuk appeton kepada seminggu sekali kerana tidak mahu qusyairi mengalami masalah obesiti...

Alhamdulillah, semasa qusyairi check up untuk setahun 3 bulan, berat qusyairi adalah 9.6 kg...menurut nurse di klinik desa, berat tersebut adalah normal kerana kenaikan di graf berat badan nampak menaik dengan "cantik"...

sehingga kini saya masih meneruskan memberi pediasure & appeton kepada qusyairi...Alhamdulillah, kesihatan qusyairi nampak baik & dia semakin aktif bermain setiap hari...insyaAllah bulan depan qusyairi akan check up untuk setahun 6 bulan & saya berdoa supaya keadaan qusyairi konsisten sihat & tidak menghadapi sebarang masalah...


p/s: sesungguhnya kesihatan anak adalah lebih penting dari segala-galanya...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...