dari kilim geoforest park, kami dibawa ke kedai gamat...saya membeli minyak gamat, minyak panas, losyen gamat & nenas batu...
kemudian, kami dibawa untuk bershopping di kedai batik pula...saya membeli 3 helai kain batik & 2 pasang t-shirt untuk qusyairi...3 helai kain batik tersebut adalah untuk mak, mak mertua & pengasuh qusyairi...
sebelum meneruskan perjalanan seterusnya, kami berhenti solat di sebuah surau (sori, saya tak pasti nama surau tersebut) & selesai bersolat, kami dibawa ke makam mahsuri...bayaran masuk adalah rm5.00...
dari makam mahsuri, kami meneruskan perjalanan ke tempat yang ditunggu-tunggu iaitu oriental village cable car (actually tempat yang saya tunggu-tunggu)...walaupun kami sampai ke situ hampir pukul 5 petang, syukur Alhamdulillah kami berjaya mendapat tiket untuk menaiki cable car dengan bayaran rm15.00...di sini, kami dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah dari sudut pandangan atas yang sungguh indah...
kemudian, kami dibawa untuk bershopping di idaman suri...saya membeli handbag & sedikit coklat...selesai bershopping di idaman suri, barulah kami check in di hotel bahagia...
sudah hampir jam 9.00 malam, kami sudah terasa lapar, penat & mengantuk...jadi kami mengambil keputusan, setelah check in & meletak beg, kami menikmati makan malam di kedai makan yang berdekatan (sori, saya tak pasti nama kedai kerana tersangatlah lapar)...selesai makan malam, sudah tentu masa untuk kami mandi, berehat & tidur...
No comments:
Post a Comment