::Join ChurpChurp::

Wednesday, December 14, 2011

Office Trip - Pulau Langkawi (Part 3)

sambungan dari Part 2...

13/11/2011; hari kedua & hari terakhir di langkawi...aktiviti pertama untuk hari ini adalah lawatan penanda aras ke PPD Langkawi...selesai bersarapan, kami check out dari hotel bahagia pada pukul 9.00 pagi...kemudian, kami terus bergerak ke ppd langkawi & kami tiba di sana pada pukul 9.15 pagi...


kami meluangkan masa di ppd langkawi sehingga pukul 11.15 pagi sebelum dibawa bershopping di hj ismail group...kami bershopping di sini sehingga pukul 1.00 tengah hari...

selesai bershopping, kami terus menuju ke jeti kerana tiket feri ke kuala perlis dijadualkan pada pukul 2.30 petang...namun ketika hampir waktu untuk kami menaiki feri, terdengar announcement mengatakan feri kami ditangguhkan sehingga ke waktu yang akan diberitahu kemudian...ohh, sungguh sedih namun kami cuba "menggembirakan hati" kami dengan berurut di "massage chair" yang ada di situ...bayaran adalah rm3.00 untuk 8 minit...


selesai berurut & menunggu selama satu jam, akhirnya kami menaiki feri pada pukul 3.30 petang & feri mula bergerak ke kuala perlis pada pukul 3.45 petang... 

kami tiba di jeti kuala perlis hampir jam 5.00 petang...sebenarnya kalau ikutkan jadual, kami akan bershopping di padang besar, perlis...namun disebabkan hari sudah lewat petang & esok merupakan hari bekerja, bas kami terus bergerak pulang ke segamat...


Alhamdulillah, kami selamat sampai di ppd hampir jam 6.00 pagi hari isnin, 14/11/2011...


p/s: walaupun hari ini merupakan hari bekerja, tapi saya telah mengambil cuti rehat...

the end...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...