::Join ChurpChurp::

Thursday, January 31, 2013

kisah qusyairi "free drypers"

Assalamualaikum...

agak lama saya menyepi...hanya kerana kesibukan menguruskan hal-hal rumah tangga...biasalah,bila dah sihat, perlulah menyelesaikan segala kerja rumah yang tergendala sebelum ni...siapa kata suri rumah kerja senang & boleh duduk goyang kaki?sebenarnya bila jadi suri rumah ni, kalau orang tengok rumah kita kotor sikit je, orang boleh mengata kita tau...itu hanya perumpamaan...maksudnya saya kena sentiasa pastikan rumah saya bersih & semua kerja rumah selesai...oklah, saya pun tak nak cerita tentang hal orang lain kat blog saya...

hari sabtu, 26 Januari yang lepas, saya niat untuk training qusyairi free drypers sepenuhnya...sebelum ni saya pernah cuba training & success...tapi bila nak bawa dia berjalan, saya tak confident & mula pakaikan dia pampers semula...jadi bila training sangkut-sangkut, qusyairi keliru walaupun dia selalu cakap dengan mama, dia dah tak nak pakai pampers...untuk hari pertama iaitu hari sabtu, memang success...bila qusyairi nak buang air kecil, dia akan cakap, "mama ayie nak kencing" & dia terus bukak seluar sebelum ke tandas...bila qusyairi nak tido malam, dia cakap juga tak nak pakai pampers, tapi mama tak confident, takut dia "terkucil" kat atas tilam...so mama pujuklah qusyairi untuk pakai pampers masa tido malam...hmm, pengsan nak keringkan tilam kalau dia "terkucil" nanti...

Tuesday, January 29, 2013

air asam jawa?

Assalamualaikum...

hampir seminggu saya tidak menjengah & mengupdate blog...(macam dah tak nak berblog je saya ni?)...kesan daripada ketidaksempatan saya menjengah blog, semalam baru saya tahu domain .my ada masalah untuk dibuka...so malam ni saya dah tukar setting blog saya kepada .blogspot kembali...

apa pun, saya ingin berkongsi cerita dengan you all...syukur Alhamdulillah, setelah hampir 3 minggu saya mengalami batuk yang teruk & setelah bermacam-macam cara saya cuba, akhirnya dengan izin Allah, saya telah beransur pulih...yes, now i'm feeling better...

petua yang telah saya gunakan ialah minum air asam jawa...petua ini saya dapat daripada en suami saya...pada mulanya saya tidak percaya jugak dengan petua ini...tapi ketika saya hampir putus asa untuk berubat, en suami telah membuatkan air asam jawa untuk saya & saya minum...Alhamdulillah, batuk saya beransur pulih sedikit demi sedikit...

caranya adalah dengan membuat air asam jawa & disimpan di dalam peti ais...minum air asam jawa yang telah sejuk tersebut...

#agaknya sebab lidah jawa, air asam jawa juga yang berkesan...:-)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, January 22, 2013

bersyukur kerana masih bernafas

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, malam tadi qusyairi sudah tidak demam & pagi ni pun dia nampak sihat seperti biasa...sebenarnya bukan saya & qusyairi sahaja yang tidak sihat, tetapi kami sekeluarga mengalami masalah "kesihatan terganggu"...en suami mengalami batuk-batuk, sama seperti saya...

walaupun kesihatan saya masih belum mencapai tahap optimum, saya bersyukur masih bernafas & cuba menguatkan semangat untuk menyempurnakan tugasan rumah tangga seperti biasa...

saya berusaha & berdoa semoga saya akan sembuh seperti sedia kala...namun jika ditakdirkan Allah saya masih belum sembuh, saya redha...saya menganggap semua ini sebagai kifarah atas segala kesilapan saya sebagai hambaNya...

#saya ingin minta maaf kerana buat masa ini, saya belum berkesempatan memblogwalking ke blog rakan-rakan...insyaAllah jika kesihatan sudah kembali seperti biasa, saya akan bertandang ke blog rakan-rakan...

p/s: mengupdate blog menggunakan hp sahaja...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, January 21, 2013

bila qusyairi demam

saya masih belum mencapai tahap kesihatan yang optimum...masih batuk-batuk lagi...semoga saya dapat mencari penawarnya...

hari jumaat yang lepas, badan qusyairi "agak panas" masa bangun pagi untuk ke sekolah...lepas mama bagi makan ubat, mama tanya kat dia, "nak sekolah ke?"...qusyairi jawab, "ayie nak sekolah mama"...

then dekat kul 12 tengah hari, cikgu di taska call & beritahu qusyairi demam...mama terus amik dia dari sekolah & bawak ke "klinik kesihatan sagil"...doktor check suhu dia, 38.5 & doktor terus bagi "ubat punggung"...

Wednesday, January 16, 2013

semoga saya akan sembuh

hari khamis minggu lepas, 10 Januari saya ke "klinik kesihatan sagil" kerana demam panas...sekian lama saya tak kena demam panas...

hari isnin, 14 Januari pula saya ke "private clinic" kerana batuk yang tidak berhenti-henti...

semalam, 15 Januari saya dapat 1 pakej sekaligus iaitu demam, batuk & selsema...so semalam just makan sekadar alas perut sebab nak makan ubat...

saya dah cuba bermacam-macam jenis ubat...

hari ni batuk agak baik sikit berbanding semalam & kelmarin...cuma hari ni saya selsema...

#semoga saya akan sembuh...insyaAllah...amin...

p/s: you all tolonglah doakan untuk saya ye...terima kasih...


Published with Blogger-droid v2.0.10

Wordless Wednesday #9



Friday, January 11, 2013

tolong jangan buat cerita yang tak benar

salam hari jumaat...di hari jumaat yang mulia ini, marilah kita sama-sama muhasabah diri kita & membaiki kesilapan sementara ada kesempatan...

saya ingin berkongsi peristiwa yang berlaku pada petang isnin, 7hb yang lalu...ketika saya sedang drive menuju ke kedai runcit di kampung, saya mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali...rupanya setelah dijawab, panggilan tersebut adalah daripada seorang "kakak" yang merupakan bekas rakan sekerja saya dahulu...dalam hati saya terus berkata, "sudah 4 bulan saya resign, kenapa tiba-tiba dia call saya ni?"...saya mula rasa tak sedap hati...

Thursday, January 10, 2013

Giveaway Macam-Macam-Ann 2013


tarikh tutup: 15 Januari 2013


Simple Giveaway by FD


tarikh tutup: 15 Januari 2013 (8.00 pm)

Monday, January 7, 2013

kisah qusyairi di taska

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bernafas di bumi Allah ini...salam hari isnin untuk semua rakan-rakan...beberapa hari tidak mengupdate blog...

hari khamis minggu lepas, qusyairi telah memulakan sesi pembelajaran di taska...

Thursday, January 3, 2013

PERHATIAN...

setakat ini, saya baru menerima e-mail daripada seorang sahaja pemenang segmen saya iaitu http://vda92.blogspot.com... 

saya masih belum menerima sebarang detail daripada dua orang pemenang lagi iaitu http://eymasushoppe.blogspot.com & http://diarionlinenurul.blogspot.com...

macam mana pandangan peserta-peserta yang lain?adakah saya perlu membuat cabutan yang baru?atau saya perlu menunggu mereka menghantar detail sehingga ke tarikh tertentu?


2013...

hari kedua di tahun 2013, baru saya sempat mengepost entri pertama untuk tahun ini...semuanya gara-gara menyiapkan kelengkapan qusyairi untuk masuk ke taska...

syukur Alhamdulillah, kita telah diberi kesempatan meninggalkan tahun 2012 & melangkah ke tahun 2013...sama-samalah kita berdoa semoga tahun 2013 ini membawa perubahan yang lebih baik dalam hidup kita...

bila tiba tahun baru, perubahan yang pasti dalam hidup kita sudah tentu umur yang semakin meningkat & dengan peningkatan umur saya juga, saya berdoa saya dapat melakukan perubahan yang lebih baik dalam hidup saya untuk tahun ini...

walau apa pun, 2012 tetap tinggal menjadi kenangan & segala kenangan pahit atau manis, saya anggap sebagai medium untuk mematangkan diri saya...

**pagi tadi saya sudah mendaftar qusyairi untuk masuk ke taska permata di kampung...insyaAllah esok dia akan memulakan sesi pembelajaran di sana...semoga qusyairi tidak meragam ketika di taska esok...insyaAllah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...