#sharing is caring..
Wednesday, September 18, 2013
Tuesday, September 17, 2013
setahun sudah...
sedar tak sedar, bulan september ini, genap setahun saya memegang jawatan
"housewife"...tidak rasa berbangga & tidak juga menyesal...dalam hati tetap
bersyukur & redha...ketika rakan-rakan lain bekerja dengan jawatan yang lebih
tinggi, saya menjadi "housewife" yang menguruskan rumahtangga...
walaupun sehingga ke hari ini, jika saya pergi ke kedai runcit mahupun kenduri kahwin di dalam kampung, pasti ada "kakak-kakak" atau "makcik-makcik" yang akan bertanya; "eh, dah tak keje ke?" ataupun "kenapa berhenti?sayangnya dah ada keje boleh berhenti"...malah ada juga yang membuat kesimpulan sendiri seperti; "hmm, suami dah bawak trailer, boleh la jadi mem kt umah"...erk, slip gaji suami saya sampai kat dia ke?wink2...apa pun, saya cuma akan jawab; "Alhamdulillah, boleh la cukup makan & pakai kami sekeluarga"...setiap soalan ataupun sebarang ayat yang keluar dari mulut mereka, saya memandang dari sudut positif kerana saya tinggal di kampung yang sememangnya mempunyai masyarakat yang prihatin...walaupun kadang kala saya rasa saya ni macam "retis"...

Wednesday, September 11, 2013
Wednesday, September 4, 2013
Tuesday, September 3, 2013
jangan sampai kita yang naik angin
bila dengar berita tentang minyak ron 95 & diesel akan naik 20 sen seliter mulai 12 tengah malam tadi, masa tu jugak saya terasa nak ambil kunci kereta & keluar pegi isi minyak, tapi en suami cakap, "tak payah nak keluar pegi isi minyak malam-malam...bukannya isi hari ni, lepas tu minyak tu tak abis-abis sampai bila-bila...dah minyak nak naik, biar je la"...walaupun saya ni housewife, kenderaan untuk saya bergerak ke mana-mana ialah kereta...
en suami isi minyak diesel untuk lori trailer dia, saya pulak
isi minyak ron95 untuk kereta kami...nasib baik diesel tu boleh "claim" kat bos en suami..sebelum
ni en suami ada cakap susah nak dapat diesel & memang betullah agakan kami,
minyak akan naik jugak bila ketika itu dah mula ada sesetengah tempat yang tak ada
diesel...
isu minyak naik
merupakan isu yang paling "hot" sejak malam tadi hingga ke sekarang
ini...bila tengok facebook, macam-macam status tentang minyak yang kita
boleh baca...pada saya, tak kisahlah minyak naik ke apa yang naik lepas ni..tapi seboleh-bolehnya janganlah sampai kita yang naik angin tak tentu pasal kat facebook atau sebarang laman sosial lain...cubalah untuk redha kerana hidup kita tetap perlu diteruskan...bukan ke kita kena menghormati
pemerintah kita?
(kalau rasa menyampah dengan sistem pemerintahan sekarang, tunggu la lagi 5 tahun)
(kalau rasa menyampah dengan sistem pemerintahan sekarang, tunggu la lagi 5 tahun)
Monday, September 2, 2013
Kisah Syawal
hampir ke penghujung Syawal...macam mana dengan sambutan Aidilfitri u all?
ini gambar 1 Syawal kami sekeluarga...Alhamdulillah tahun keempat saya beraya sebagai isteri & mama, tahun pertama saya beraya sebagai "housewife"...tahun ini qusyairi sangat happy bila diajak bergambar...
Subscribe to:
Posts (Atom)