salam jumaat yang indah...insyaAllah jumaat yang terakhir sebelum Ramadhan...
seminggu tidak mengupdate blog...biasalah, walaupun saya seorang surirumah, tetapi bila anak tidak sihat, terus hilang semua idea nak buat entri...hanya sempat mengedit iklan churp churp & 8 share di blog...
u all semua tentu sudah maklum pada 20 Jun yang lalu beberapa daerah di Johor mengalami keadaan jerebu yang agak teruk...bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Daerah Ledang juga berada di tahap yang sangat tidak sihat...pada hari Jumaat, 21 Jun kebanyakan sekolah di daerah yang mengalami jerebu diarahkan ditutup...
keadaan jerebu yang sangat teruk pada hari Jumaat & Sabtu menyebabkan qusyairi mengalami batuk & selsema...so mama bagi qusyairi makan ubat batuk & selsema yang ada dalam simpanan...Alhamdulillah ketika taska dibuka semula pada hari Rabu, 26 Jun qusyairi nampak sudah sihat seperti biasa...