::Join ChurpChurp::

Wednesday, June 26, 2013

Wordless Wednesday #21

baru-baru ini, seorang rakan sepejabat dulu berkata pada saya, "rugi la ade ijazah tapi jadi suri rumah"...saya hanya berdiam diri & tersenyum...sebenarnya saya patut jawab macam ni ke pada rakan saya tu?
saya tidak mahu bercakap besar dengan orang lain...cukuplah saya katakan walaupun sekarang hanya en suami yang bekerja seorang, Allah mempermudahkan jalan kami...Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga...


Thursday, June 20, 2013

Program Kesihatan Pergigian Bersama Ibu Bapa

entri yang saya ingin post pada 13 Mei lepas...

pada hari tersebut, saya menghadiri program kesihatan pergigian bersama ibu bapa di taska permata qusyairi...program tersebut bermula jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi...

aktiviti pertama dalam program ini ialah kanak-kanak menggosok gigi seperti yang ditunjukkan oleh nurse di hadapan...selesai menggosok gigi, nurse melakukan pemeriksaan gigi kepada setiap kanak-kanak...pemeriksaan gigi dilakukan kerana mereka ingin memilih kanak-kanak yang mempunyai gigi tercantik...

Wednesday, June 19, 2013

Wordless Wednesday #20

#sharing is caring
 
 

sebulan tak update blog

huh, sebulan blog saya tidak berupdate...rasa macam dah bersarang blog ni...saya tak tahu nak mulakan dari mana...dugaan demi dugaan datang bertandang menyebabkan blog tidak dapat diupdate selama sebulan...

pada mulanya saya berhasrat mengepost entri pada hari Isnin, 13 Mei yang lalu...tapi tak tahu di mana silapnya, petang hari tersebut talian internet di rumah saya tiba-tiba mengalami masalah...pada hari yang sama juga, saya terus menelefon ke pihak telekom...

disebabkan ia masalah teknikal berkaitan "line", petang esoknya barulah talian internet di rumah kembali seperti sediakala...namun dugaan lain yang datang pula...bermula petang hari tersebut qusyairi demam, selsema & batuk...dan demam qusyairi pada kali ini "agak teruk" sehingga qusyairi terpaksa "dimasukkan drip" akibat muntah selama 1 hari pada hari Khamis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...