::Join ChurpChurp::

Wednesday, June 19, 2013

sebulan tak update blog

huh, sebulan blog saya tidak berupdate...rasa macam dah bersarang blog ni...saya tak tahu nak mulakan dari mana...dugaan demi dugaan datang bertandang menyebabkan blog tidak dapat diupdate selama sebulan...

pada mulanya saya berhasrat mengepost entri pada hari Isnin, 13 Mei yang lalu...tapi tak tahu di mana silapnya, petang hari tersebut talian internet di rumah saya tiba-tiba mengalami masalah...pada hari yang sama juga, saya terus menelefon ke pihak telekom...

disebabkan ia masalah teknikal berkaitan "line", petang esoknya barulah talian internet di rumah kembali seperti sediakala...namun dugaan lain yang datang pula...bermula petang hari tersebut qusyairi demam, selsema & batuk...dan demam qusyairi pada kali ini "agak teruk" sehingga qusyairi terpaksa "dimasukkan drip" akibat muntah selama 1 hari pada hari Khamis...

setelah qusyairi kembali pulih & ke taska pada hari Selasa, 21 Mei saya ingin mengepost entri di blog, namun laptop saya pulak "minta diformat" kerana "antivirus" yang sudah "expired"...

disebabkan jiran di sebelah rumah saya ingin membuat majlis kenduri kahwin pada hari Sabtu, 25 Mei saya menangguhkan hasrat untuk menghantar laptop kerana agak sibuk sedikit menolong mana yang patut di rumah jiran tersebut...

akhirnya setelah bertangguh agak lama, pada hari Selasa minggu lepas, baru saya sempat menghantar laptop untuk diformat & siap pada petang hari tersebut...dan inilah entri yang terbaru buat masa ini...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...