::Join ChurpChurp::

Friday, December 30, 2011

Hanya Di Hujung Jari Sahaja (Part 2)

sambungan dari Part 1...

untuk memenuhi tuntutan kehidupan yang semakin sibuk, online business ataupun jual beli alam maya semakin menjadi pilihan ramai termasuk saya...pertama kali saya membeli barang secara online adalah pada awal tahun 2011 & barang pertama yang saya beli adalah Simple Dimple diapers bag...


Wednesday, December 28, 2011

Kenangan Silam

"kenangan silam aku dan dirimu,
berdua sesama bermadu,
saling berjanji sehidup semati,
hakikat di dunia ini".....(lirik lagu bidadari nyanyian lela)

sesungguhnya peristiwa lama yang pernah berlaku dalam hidup seseorang akan tinggal menjadi kenangan...tidak kira sama ada kenangan manis atau kenangan pahit, pasti akan berlegar-legar & terngiang-ngiang di fikiran...kenangan manis seperti keriangan zaman kanak-kanak, bersekolah, belajar di universiti, konvokesyen, bercinta, berkahwin & segala yang manis belaka pasti indah untuk diingati & dikenang...situasi ini sesuatu yang lumrah dalam kehidupan seseorang...

Friday, December 23, 2011

mencari jalan penyelesaian lebih baik daripada mencari punca

Alhamdulillah, pada hari ini, 23/12/2011 qusyairi genap setahun 5 bulan...mama sentiasa berdoa supaya qusyairi sentiasa berada dalam keadaan sihat...sebenarnya sebelum qusyairi berumur setahun, 2 kali qusyairi ditahan di wad...kali pertama di hospital tangkak pada 23/4/2011 hingga 25/4/2011 & kali kedua di hospital segamat pada 7/7/2011 hingga 10/7/2011...kedua-duanya atas sebab yang sama, qusyairi muntah-muntah selama satu malam sehingga apa pun yang masuk dalam mulutnya akan keluar balik....jadi semasa di wad, doktor bagi drip (masuk air) sebab qusyairi dah kehilangan banyak air (dehydrated)...

Wednesday, December 14, 2011

Office Trip - Pulau Langkawi (Part 3)

sambungan dari Part 2...

13/11/2011; hari kedua & hari terakhir di langkawi...aktiviti pertama untuk hari ini adalah lawatan penanda aras ke PPD Langkawi...selesai bersarapan, kami check out dari hotel bahagia pada pukul 9.00 pagi...kemudian, kami terus bergerak ke ppd langkawi & kami tiba di sana pada pukul 9.15 pagi...

PJJ

PJJ adalah perkahwinan jarak jauh...

saya timbulkan isu ini kerana pada masa ini saya & suami adalah suami isteri yang duduk berjauhan pada hari bekerja disebabkan faktor mencari rezeki...

kalau ikutkan jarak Kampung Sagil & Segamat hanya 48 km sehala, namun disebabkan pelbagai kekangan, kami redha untuk menjalani kehidupan PJJ, sejak awal tahun lepas ketika saya mengandung 4 bulan & bersambung lagi selepas pantang hingga ke saat ini...suami tinggal di Kampung Sagil & saya bersama qusyairi tinggal di rumah sewa di Segamat...

Tuesday, December 13, 2011

Wanita Hebat

wanita hebat bukan sekadar seorang yang berwajah cantik, berperwatakan menarik, berpendidikan tinggi, memegang jawatan tinggi mahupun bergaji besar...tetapi wanita hebat adalah seorang yang dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna...

apa tanggungjawab seorang wanita?
tanggungjawab yang paling utama & terpenting adalah tanggungjawab pada Allah iaitu menunaikan kewajipan sebagai hambaNya & tanggungjawab pada diri sendiri iaitu menjaga kehormatan diri supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah...

Thursday, December 8, 2011

Doa Yang Dimakbulkan Allah

doa seorang ibu kepada anaknya
(ketika bercakap dengan anak, gunakan perkataan yang baik kerana kata-kata seorang ibu merupakan doa kepada anaknya);


Wednesday, December 7, 2011

Merawati Sembelit atau Buasir

yang paling penting, untuk merawati sembelit atau buasir, amalkan minum air suam atau air masak ketika bangun pagi serta lebihkan makan sayur-sayuran & buah-buahan...kesimpulannya, banyakkan minum air & makanan yang berserat...


Tips Mudah Tidur


- Elakkan makan dalam masa dua jam sebelum tidur,

- Elakkan minuman yang berkafein ketika hampir waktu tidur,


- Berwudhu',


Tuesday, December 6, 2011

Office Trip - Pulau Langkawi (Part 2)

sambungan dari Part 1...

dari kilim geoforest park, kami dibawa ke kedai gamat...saya membeli minyak gamat, minyak panas, losyen gamat & nenas batu...

kemudian, kami dibawa untuk bershopping di kedai batik pula...saya membeli 3 helai kain batik & 2 pasang t-shirt untuk qusyairi...3 helai kain batik tersebut adalah untuk mak, mak mertua & pengasuh qusyairi...

Thursday, December 1, 2011

Merawati Ruam

baru-baru ini qusyairi kena ruam lampin...jadi ada bintik-bintik merah di celah kelengkang dia...disebabkan qusyairi tak pernah kena ruam lampin, saya tidak tahu ubat yang terbaik untuk merawati ruam tersebut...

disebabkan saya ada stok Pureen Nappy Rash Cream yang masih belum digunakan, jadi saya terus sapu krim tersebut pada qusyairi...namun hasilnya sangat mengecewakan...bintik-bintik tersebut menjadi semakin banyak & semakin kemerah-merahan...mungkin krim tersebut tidak sesuai untuk qusyairi...bila saya nak pakaikan pampers, qusyairi merengek-rengek...mesti dia rasa gatal & sakit di bahagian tersebut...

Office Trip - Pulau Langkawi (Part 1)

trip ke Pulau Langkawi bersama rakan-rakan sepejabat...
kami berkumpul di ruang menunggu PPD Segamat pada hari Jumaat, 11/11/2011 selepas solat maghrib...mengikut jadual, bas akan bergerak pada pukul 7.30 malam...namun akhirnya bas tiba ke PPD pada pukul 8.20 malam & bergerak ke kuala perlis tepat pukul 8.30 malam...

Wednesday, November 30, 2011

Khasiat Madu Asli Dalam Mengubati Batuk

saya mengalami demam, batuk & selsema yang agak teruk pada bulan Disember tahun 2009...ketika itu saya sedang mengandung 2 bulan...bayangkan betapa seksanya batuk yang tidak berhenti-henti selama 2 minggu sampaikan "terkucil" ketika sedang memandu...disebabkan saya sedang mengandung, mak tidak menggalakkan saya minum ubat batuk & menyarankan supaya saya minum madu asli...

jadi saya minum madu asli bersama air suam 2 kali sehari iaitu waktu pagi & malam...Alhamdulillah, setelah 3 hari saya mengamalkannya, saya sembuh seperti sedia kala...(ketika itu suami membeli madu asli dari rakan sekampung yang berharga rm60.00 untuk sebotol besar)

Hanya Di Hujung Jari Sahaja (Part 1)

saya melihat internet dari sudut yang positif kerana internet banyak memudahkan saya dalam kehidupan seharian...kegunaan internet yang sering saya gunakan adalah sebagai medan untuk mencari maklumat, online banking & online business... 

internet merupakan salah satu sumber rujukan utama untuk saya mencari maklumat...sekiranya saya musykil tentang sesuatu perkara, saya akan search maklumat yang diperlukan dengan menggunakan enjin carian seperti google...bukan menidakkan sumber dari orang sekeliling, namun saya suka sekiranya ada sumber yang banyak untuk saya membuat rujukan & pilihan...

Tuesday, November 29, 2011

saat-saat terindah dalam hidup wanita

ada pendapat mengatakan bahawa saat-saat terindah dalam hidup seorang wanita adalah jika kehidupannya sudah lengkap iaitu berkahwin; ada suami & ada anak...hmm, betul ke?

gambar di atas hanya sebagai contoh, bukan dengan tujuan untuk berbangga dengan kehidupan saya...

entri pertama

dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya memulakan entri pertama...
Alhamdulillah, i've publish my personal blog...

mungkin agak kelakar atau ketinggalan zaman kerana baru sekarang saya menyibukkan diri dalam dunia blogging...ketika sudah ramai blogger muda dengan blog yang serba canggih, saya baru belajar mengexplore satu persatu tentang dunia blogging...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...