::Join ChurpChurp::

Wednesday, November 30, 2011

Hanya Di Hujung Jari Sahaja (Part 1)

saya melihat internet dari sudut yang positif kerana internet banyak memudahkan saya dalam kehidupan seharian...kegunaan internet yang sering saya gunakan adalah sebagai medan untuk mencari maklumat, online banking & online business... 

internet merupakan salah satu sumber rujukan utama untuk saya mencari maklumat...sekiranya saya musykil tentang sesuatu perkara, saya akan search maklumat yang diperlukan dengan menggunakan enjin carian seperti google...bukan menidakkan sumber dari orang sekeliling, namun saya suka sekiranya ada sumber yang banyak untuk saya membuat rujukan & pilihan...


saya menggunakan online banking untuk membayar bil air, elektrik, maxis, bayaran ptptn & kereta (hmm, banyak betul bayaran saya setiap bulan)...selain itu, saya juga menggunakan online banking untuk "mengecheck" baki akaun bank, membeli prepaid top up (nombor celcom saya adalah prabayar), transfer duit ke akaun pihak ketiga & mencetak penyata akaun bank...

saya cuma perlu log in di www.maybank2u.com.my & dapat menyelesaikan semuanya tidak sampai setengah jam...tidak perlu pergi ke kedai untuk membeli prepaid top up & tidak perlu untuk beratur di pejabat pos, maxis centre & cash deposit machine untuk menjelaskan semua bil...mudah bukan?hanya di hujung jari sahaja...



**PENTING**
you all hanya perlu log in menggunakan link laman web bank yang sah...jangan sekali-kali log in menggunakan link bank yang dihantar oleh pihak tidak bertanggungjawab ke e-mail anda...pihak bank TIDAK PERNAH & TIDAK AKAN menghantar e-mail kepada penggunanya...jika you all log in menggunakan link dari e-mail tersebut, kemungkinan wang dalam akaun you all akan 'disedut' oleh pihak ketiga...

bersambung ke Part 2...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...