::Join ChurpChurp::

Wednesday, November 30, 2011

Khasiat Madu Asli Dalam Mengubati Batuk

saya mengalami demam, batuk & selsema yang agak teruk pada bulan Disember tahun 2009...ketika itu saya sedang mengandung 2 bulan...bayangkan betapa seksanya batuk yang tidak berhenti-henti selama 2 minggu sampaikan "terkucil" ketika sedang memandu...disebabkan saya sedang mengandung, mak tidak menggalakkan saya minum ubat batuk & menyarankan supaya saya minum madu asli...

jadi saya minum madu asli bersama air suam 2 kali sehari iaitu waktu pagi & malam...Alhamdulillah, setelah 3 hari saya mengamalkannya, saya sembuh seperti sedia kala...(ketika itu suami membeli madu asli dari rakan sekampung yang berharga rm60.00 untuk sebotol besar)

Hanya Di Hujung Jari Sahaja (Part 1)

saya melihat internet dari sudut yang positif kerana internet banyak memudahkan saya dalam kehidupan seharian...kegunaan internet yang sering saya gunakan adalah sebagai medan untuk mencari maklumat, online banking & online business... 

internet merupakan salah satu sumber rujukan utama untuk saya mencari maklumat...sekiranya saya musykil tentang sesuatu perkara, saya akan search maklumat yang diperlukan dengan menggunakan enjin carian seperti google...bukan menidakkan sumber dari orang sekeliling, namun saya suka sekiranya ada sumber yang banyak untuk saya membuat rujukan & pilihan...

Tuesday, November 29, 2011

saat-saat terindah dalam hidup wanita

ada pendapat mengatakan bahawa saat-saat terindah dalam hidup seorang wanita adalah jika kehidupannya sudah lengkap iaitu berkahwin; ada suami & ada anak...hmm, betul ke?

gambar di atas hanya sebagai contoh, bukan dengan tujuan untuk berbangga dengan kehidupan saya...

entri pertama

dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya memulakan entri pertama...
Alhamdulillah, i've publish my personal blog...

mungkin agak kelakar atau ketinggalan zaman kerana baru sekarang saya menyibukkan diri dalam dunia blogging...ketika sudah ramai blogger muda dengan blog yang serba canggih, saya baru belajar mengexplore satu persatu tentang dunia blogging...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...