::Join ChurpChurp::

Friday, July 19, 2013

Ramadhan (Part 1)

salam hari jumaat...jumaat kedua di bulan Ramadhan...Alhamdulillah hari ke-10 kita menunaikan ibadah puasa...begitu cepat masa berlalu, bukan?terasa tidak ingin meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh mulia ini...sama-samalah kita berdoa kita dapat menunaikan ibadah pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...

sememangnya banyak perkara suka mahupun duka yang pernah hadir menduga saya di bulan Ramadhan sebelum ini & tujuan saya hanya sekadar ingin berkongsi cerita...yang buruk jadikan sempadan & yang baik mungkin boleh dijadikan teladan...

perkara pertama yang sangat mengusik emosi saya ialah bila tiba bulan Ramadhan, insan yang sangat saya rindui sudah tentulah arwah abah...hanya kiriman Al-Fatihah yang dapat saya kirimkan setiap hari untuk arwah...semoga rohnya tenang di sana...Al-Fatihah...

tahun ini merupakan tahun pertama saya menjalani ibadah puasa sebagai housewife...pada Ramadhan tahun 2011 & 2012, saya perlu berulang-alik dari Kampung Sagil ke Segamat setiap hari, tetapi sekarang tidak lagi...kadang-kadang saya tertanya, "betul ke keputusan drastik yang saya buat pada tahun lepas?"...tetapi setelah saya fikir sedalam-dalamnya, "ye, saya pasti ada hikmah di sebalik keputusan tersebut"...

masih ingat lagi pada tahun 2011, saya disindir oleh seorang rakan sekerja yang mengatakan saya seperti "ibu tunggal" kerana drive jauh ketika Ramadhan & ketika waktu lain, saya membawa anak duduk di rumah sewa...saya tidak tahu ingin mengkategorikan ungkapan itu sengaja ataupun tidak kerana bukan sekali rakan tersebut berkata begitu, tetapi dua kali...

ketika itu, saya tidak membalas & hanya berdiam diri...saya hanya berdoa agar saya diberi kekuatan hati untuk melupakan perkara tersebut...tetapi kini setelah saya menjadi housewife, ada juga rakan yang bertanyakan apa aktiviti saya di rumah & "besar sangat" ke gaji en suami sehingga saya boleh menjadi housewife...

walaupun sekarang saya bersyukur kehidupan kami sekeluarga tidak seperti dulu, saya tidak mahu mendabik dada...hanya sekadar menjawab, "Alhamdulillah" kepada rakan tersebut...biarlah orang nak kata apa kan?yang merasa perit ke suka ke dengan kehidupan kita, adalah kita...saya ambil keputusan untuk berhenti kerja pun bukan sebab memikirkan kata-kata rakan tersebut, tetapi banyak sebab lain yang lebih penting...saya bercerita di sini hanya sekadar untuk berkongsi kisah duka yang pernah saya lalui, bukan untuk mengaibkan sesiapa...

apa pun, saya bersyukur sangat persiapan raya tahun ini sudah hampir siap sepenuhnya...saya telah selesai membeli baju raya "ready made" untuk saya & qusyairi...baju melayu untuk en suami juga sudah siap ditempah...tinggal menunggu kuih raya yang ditempah untuk siap...

kenapa saya tidak mahu membuat kuih raya sendiri?kerana saya sudah 13 tahun tidak membuat kuih raya...setelah difikir-fikir kos untuk membeli peralatan membuat kuih adalah lebih mahal berbanding menempah, saya memilih untuk menempah...saya rasa jika saya membuat lagi membazir kerana keluarga kami agak kurang meminati biskut raya...tak kisahlah, yang penting en suami setuju jika menempah kuih raya...

insyaAllah, nanti sambung Part 2 pulak ye...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...