::Join ChurpChurp::

Tuesday, July 23, 2013

happy 3rd years my dear qusyairi

Salam 14 Ramadhan u all...23 Julai 2013: hari lahir anakanda tersayang, Muhammad Qusyairi yang ke 3...terasa begitu cepat masa berlalu, dah 3 tahun anak mama...mama doakan qusyairi diberi kesihatan yang baik & menjadi anak yang soleh...insyaAllah...amin...


Alhamdulillah, di usia 3 tahun, qusyairi sudah boleh bercakap dengan baik & bertanya macam-macam jika ada yang dia kurang faham...ada rakan mama yang mempunyai anak sebaya qusyairi yang meminta "petua" bagaimana mama ajar anak supaya cepat bercakap...part yang tu, nanti mama sharing kat entri yang lain, ok...

setelah 7 bulan qusyairi masuk taska, qusyairi sudah boleh membaca doa sebelum tidur dengan baik...doa sebelum makan & doa masuk ke tandas (dua-dua doa ni masih perlu direpair kerana ada perkataan yang tertinggal)...gosok gigi, mandi & pakai baju sendiri (dengan dipantau oleh mama atau ayah)...sebut no 1 hingga 10 (english & b.melayu) mengikut urutan...menyanyi a,b,c sampai z (walaupun ada pelat-pelat di beberapa huruf)...qusyairi masih perlu "diasah" kemahiran menulis mahupun mewarna, tetapi bila mama tunjukkan "flash card", dia memang suka & dia dapat menyebut nama semua gambar di "flash card" tersebut...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...