::Join ChurpChurp::

Friday, July 5, 2013

qusyairi tidak sihat lagi

salam jumaat yang indah...insyaAllah jumaat yang terakhir sebelum Ramadhan...

seminggu tidak mengupdate blog...biasalah, walaupun saya seorang surirumah, tetapi bila anak tidak sihat, terus hilang semua idea nak buat entri...hanya sempat mengedit iklan churp churp & 8 share di blog...

u all semua tentu sudah maklum pada 20 Jun yang lalu beberapa daerah di Johor mengalami keadaan jerebu yang agak teruk...bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Daerah Ledang juga berada di tahap yang sangat tidak sihat...pada hari Jumaat, 21 Jun kebanyakan sekolah di daerah yang mengalami jerebu diarahkan ditutup...

keadaan jerebu yang sangat teruk pada hari Jumaat & Sabtu menyebabkan qusyairi mengalami batuk & selsema...so mama bagi qusyairi makan ubat batuk & selsema yang ada dalam simpanan...Alhamdulillah ketika taska dibuka semula pada hari Rabu, 26 Jun qusyairi nampak sudah sihat seperti biasa...

namun pada hari Sabtu, 29 Jun qusyairi kembali selsema & malam tu qusyairi mula batuk...hari ahad pula qusyairi tidak mahu makan nasi kerana dia cakap tekak dia sakit...jadi mama pujuk dia makan roti kerana dia juga tidak mahu makan bubur...hari Isnin qusyairi mula muntah-muntah bila selesai makan ataupun minum...jadi mama tak bagi dia minum susu kerana takut dia makin muntah dengan teruk...

hari Selasa batuk & selsema qusyairi nampak sudah tidak ada tetapi qusyairi mengalami cirit birit...sejak tengah hari sehingga ke petang, hampir 10 kali qusyairi "poo poo"...pukul 10 malam selepas qusyairi masih cirit birit lagi, mama & ayah terus mengambil keputusan membawa qusyairi ke Hospital Tangkak...

nasib baiklah dalam keadaan qusyairi tidak sihat begitu, en suami juga bercuti...jadi tidaklah mama keseorangan untuk menjaga qusyairi yang tidak sihat...di hospital, Pembantu Perubatan yang bertugas di Unit Kecemasan memberitahu jika kanak-kanak just cirit birit tetapi tidak ada muntah-muntah, keadaan itu tidak membahayakan & biarkan sahaja sehingga cirit birit tersebut berhenti sendiri...yang penting tidak perlu bagi minum susu dahulu kerana susu mengandungi laktosa yang boleh menyebabkan keadaan tersebut makin berterusan...Alhamdulillah, lega hati mama mendengar penerangan Pembantu Perubatan tersebut...

balik dari hospital, qusyairi tidur dengan lena sehingga ke pagi...keesokan harinya iaitu kelmarin qusyairi hanya "poo poo" 2 kali iaitu selepas bangun pagi & selepas sarapan...bila dari selepas sarapan sehingga ke malam, qusyairi sudah tidak cirit birit, mama beri qusyairi minum susu selepas makan malam...Alhamdulillah qusyairi tidak "poo poo" walaupun selepas minum susu...setelah 3 hari qusyairi bercuti ke taska, semalam qusyairi kembali ke taska seperti biasa...

wajah gembira qusyairi yang mahu ke taska...

2 comments:

Nurfaezah Abdullah said...

Alhamdulillah qusyairi sihat sudah :)

Sya Mimie said...

alahai..siannya bila bdak2 tak sihat..kesian sebab mereka kecik lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...