::Join ChurpChurp::

Monday, September 2, 2013

Kisah Syawal

hampir ke penghujung Syawal...macam mana dengan sambutan Aidilfitri u all?

ini gambar 1 Syawal kami sekeluarga...Alhamdulillah tahun keempat saya beraya sebagai isteri & mama, tahun pertama saya beraya sebagai "housewife"...tahun ini qusyairi sangat happy bila diajak bergambar...


pada hari Isnin, 12 Ogos bersamaan 5 Syawal, saya membawa qusyairi ke majlis reunion saya & rakan-rakan sekolah menengah di rumah salah seorang rakan...en suami sudah mula bekerja & saya sudah mendapat keizinan daripada en suami untuk pergi ke reunion tersebut...


hari Sabtu & Ahad, 17 & 18 Ogos bersamaan 10 & 11 Syawal pula, majlis perkahwinan adik perempuan saya (boleh rujuk entri sebelum ini)...

bermula hari Selasa, 20 Ogos bersamaan 13 Syawal, saya menemani qusyairi bermarhaban bersama cikgu-cikgu & rakan-rakan taska qusyairi...satu hari kami hanya bermarhaban di dua rumah sahaja...


selama 6 hari kami bermarhaban & kami selesai marhaban pada hari Selasa, 27 Ogos bersamaan 20 Syawal...inilah sebahagian kisah Syawal saya pada tahun ini yang berbeza dengan sambutan Syawal pada tahun-tahun sebelum ini...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...