::Join ChurpChurp::

Monday, August 19, 2013

my sister's wedding

salam 12 Syawal...

setelah bertunang hampir setahun 2 bulan, hari Sabtu iaitu kelmarin, adik perempuan saya, Bazilah Binti Salleh telah selamat bernikah bersama pasangannya, Mohd Husni Bin Jamil (mereka telah bertunang pada bulan Mei tahun lepas...boleh rujuk entri ini)...

majlis perkahwinan tersebut telah berlangsung di rumah mak kami di Benut, Pontian, Johor...Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancar walaupun masih terasa penat & sengal-sengal badan hingga hari ini...

saya ingin berkongsi gambar-gambar yang sempat saya ambil menggunakan kamera saya sebelum kesibukan melanda...


saya bersama adik sebelum majlis pernikahan
dua orang kakak yang bertungkus lumus untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar
ketibaan pengantin lelaki bersama rombongannya
datuk menyerahkan mandat kepada imam untuk menikahkan adik
qusyairi yang sangat happy
majlis sambut menantu pula telah berlangsung semalam di rumah pengantin lelaki di Muar...hanya sekeping gambar sempat diambil...


p/s: semoga ikatan perkahwinan mereka akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat...insya Allah...amin...


1 comment:

QasehnyaRania said...

selamat pengantin baru but adik bariah ye :)

dan selamat hari raya juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...