::Join ChurpChurp::

Tuesday, September 17, 2013

setahun sudah...

sedar tak sedar, bulan september ini, genap setahun saya memegang jawatan "housewife"...tidak rasa berbangga & tidak juga menyesal...dalam hati tetap bersyukur & redha...ketika rakan-rakan lain bekerja dengan jawatan yang lebih tinggi, saya menjadi "housewife" yang menguruskan rumahtangga...

walaupun sehingga ke hari ini, jika saya pergi ke kedai runcit mahupun kenduri kahwin di dalam kampung, pasti ada "kakak-kakak" atau "makcik-makcik" yang akan bertanya; "eh, dah tak keje ke?" ataupun "kenapa berhenti?sayangnya dah ada keje boleh berhenti"...malah ada juga yang membuat kesimpulan sendiri seperti; "hmm, suami dah bawak trailer, boleh la jadi mem kt umah"...erk, slip gaji suami saya sampai kat dia ke?wink2...apa pun, saya cuma akan jawab; "Alhamdulillah, boleh la cukup makan & pakai kami sekeluarga"...setiap soalan ataupun sebarang ayat yang keluar dari mulut mereka, saya memandang dari sudut positif kerana saya tinggal di kampung yang sememangnya mempunyai masyarakat yang prihatin...walaupun kadang kala saya rasa saya ni macam "retis"...


saya memang tak boleh puaskan hati sesiapa tetapi cukuplah sehingga ke saat ini bila saya cuba luahkan perasaan tentang cakap-cakap orang kepada en suami, jawapan dari dia adalah; "biarlah, yang penting dia masih boleh menyara kami"...thank you Allah & saya terasa ingin berkata kepada semua orang bahawa saya suka menjadi housewife & saya sayang family saya...


**pada 27 Julai yang lepas, saya ada menghadiri peperiksaan untuk jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (F41) di Melaka, namun saya tidak berjaya ke peringkat yang seterusnya & saya redha...saya anggap rezeki saya tidak ada di situ...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...