::Join ChurpChurp::

Tuesday, January 22, 2013

bersyukur kerana masih bernafas

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, malam tadi qusyairi sudah tidak demam & pagi ni pun dia nampak sihat seperti biasa...sebenarnya bukan saya & qusyairi sahaja yang tidak sihat, tetapi kami sekeluarga mengalami masalah "kesihatan terganggu"...en suami mengalami batuk-batuk, sama seperti saya...

walaupun kesihatan saya masih belum mencapai tahap optimum, saya bersyukur masih bernafas & cuba menguatkan semangat untuk menyempurnakan tugasan rumah tangga seperti biasa...

saya berusaha & berdoa semoga saya akan sembuh seperti sedia kala...namun jika ditakdirkan Allah saya masih belum sembuh, saya redha...saya menganggap semua ini sebagai kifarah atas segala kesilapan saya sebagai hambaNya...

#saya ingin minta maaf kerana buat masa ini, saya belum berkesempatan memblogwalking ke blog rakan-rakan...insyaAllah jika kesihatan sudah kembali seperti biasa, saya akan bertandang ke blog rakan-rakan...

p/s: mengupdate blog menggunakan hp sahaja...

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...