::Join ChurpChurp::

Monday, January 7, 2013

kisah qusyairi di taska

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bernafas di bumi Allah ini...salam hari isnin untuk semua rakan-rakan...beberapa hari tidak mengupdate blog...

hari khamis minggu lepas, qusyairi telah memulakan sesi pembelajaran di taska...

sinopsis untuk 2 hari qusyairi ke taska: hari pertama qusyairi tak menangis langsung tapi hari kedua bila dia nampak ada rakan yang menangis, dia pun boleh ikut menangis & panggil-panggil "mama"...nasib baik tak lama dia menangis...petang pulak; dalam 2 hari tersebut, bila dia nampak kereta mama sampai taska je, terus dia nangis & panggil-panggil mama...tapi petang jumaat tu, mama pesan pada qusyairi, kalau nampak kereta mama, maknanya mama memang datang nak ambil dia balik & jangan menangis macam tu lagi...tak tahulah dia ingat ke tak pesan mama untuk petang ni...

petang khamis tu, mama tanya kat qusyairi, "hari ni kat sekolah belajar apa?"...dia kata "cikgu ajar gosok gigi"...petang jumaat pulak, mama tengok kat buku rekod pembelajaran dia, cikgu tulis "mengenal guru"...so mama tanya, nama cikgu siapa...dia kata cikgu siti...bila mama tengok pada senarai nama-nama guru, memang ada cikgu yang nama siti...

petang jumaat tu, cikgu ada cakap yang masa kat taska, qusyairi tak ada menangis & "banyak cakap"...cuma dia belum pandai nak berkawan lagi...mungkin sebab ni first time dia ke taska...tapi yang pasti dalam 2 hari tu, bila balik sekolah je, dia mesti minta hadiah "air vitagen"...pagi ni pun dia menangis masa sampai taska, tapi tak sampai 5 minit dia dah berhenti menangis...

**ada rakan mama bertanya pada mama, kenapa cepat sangat masukkan anak ke taska?so ini jawapan mama; mama masukkan qusyairi ke taska sebab qusyairi memang dah request nak sekolah dari hujung tahun lepas...mama pun nak qusyairi belajar berkawan & berdikari...bukan mama tidak mahu mengajar anak sendiri, tapi bila qusyairi kat rumah dengan mama, dia jadi "terlebih manja"...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...