::Join ChurpChurp::

Monday, January 21, 2013

bila qusyairi demam

saya masih belum mencapai tahap kesihatan yang optimum...masih batuk-batuk lagi...semoga saya dapat mencari penawarnya...

hari jumaat yang lepas, badan qusyairi "agak panas" masa bangun pagi untuk ke sekolah...lepas mama bagi makan ubat, mama tanya kat dia, "nak sekolah ke?"...qusyairi jawab, "ayie nak sekolah mama"...

then dekat kul 12 tengah hari, cikgu di taska call & beritahu qusyairi demam...mama terus amik dia dari sekolah & bawak ke "klinik kesihatan sagil"...doktor check suhu dia, 38.5 & doktor terus bagi "ubat punggung"...

sabtu & ahad, mama continue bagi qusyairi makan ubat demam...kesian betul kat qusyairi...dah lama dia tak demam...sejak mama jadi housewife, nilah first time dia demam...apa pun Alhamdulillah qusyairi tak merengek & senang sangat nak bagi makan ubat...bila mama cakap, "mama nak bagi makan ubat ni", dia terus duduk tunggu mama bagi ubat...dah abis makan ubat, dia siap tanya, "ada ubat lagi tak mama?"...hmm, nasib baik lepas mama cakap tak boleh makan ubat lebih-lebih, dia diam & boleh terima...

awal pagi tadi badan qusyairi panas lagi...pukul 3 pagi mama bagi ubat demam...

pukul 7 pagi mama tanya, "qusyairi larat ke nak gi sekolah ni?"...dia jawab, "nak gi sekolah mama"...so mama mandikan dia dengan air sejuk supaya suhu badan cepat turun & Alhamdulillah dalam pukul 8 pagi bila check suhu badan dia dah turun ke 35.6 & dia nampak aktif masa nak ke sekolah...

kuat semangat anak mama nak ke sekolah...semoga qusyairi cepat sembuh ye sayang...

#badan sendiri tak sihat, saya boleh bertahan...tapi kalau anak yang tak sihat, nak buat apa pun rasa serba tak kena je...


3 comments:

Dianaa said...

alahai, kesian dia. tetap semangat nak pegi sekolah ecen tgh demam ek. moga akak and anak akak cepat sembuh ye :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

kasihanye demam. semoga cepat sembuh..

wan echa said...

salam kak..betul la tu kak..sy klu ank sakit smpi xmkn xmnum risau..

semoga qusyairi cpt sembuh..amiiinnnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...