PJJ adalah perkahwinan jarak jauh...
saya timbulkan isu ini kerana pada masa ini saya & suami adalah suami isteri yang duduk berjauhan pada hari bekerja disebabkan faktor mencari rezeki...
kalau ikutkan jarak Kampung Sagil & Segamat hanya 48 km sehala, namun disebabkan pelbagai kekangan, kami redha untuk menjalani kehidupan PJJ, sejak awal tahun lepas ketika saya mengandung 4 bulan & bersambung lagi selepas pantang hingga ke saat ini...suami tinggal di Kampung Sagil & saya bersama qusyairi tinggal di rumah sewa di Segamat...
walaupun sudah hampir 2 tahun kami duduk berjauhan, saya akui saya tidak boleh menutup mulut orang lain sehingga saya terasa letih untuk menjawab soalan-soalan berbaur negatif yang sememangnya mengguris hati & perasaan...bila saya sering ditanya dengan pelbagai soalan & pernah disindir kerana duduk berjauhan dari suami, saya tidak pasti adakah mereka benar-benar "prihatin" ataupun kerana mereka "kagum" dengan kehidupan PJJ saya...
saya bukan meminta apa-apa daripada orang lain, cukuplah sekadar jika mereka memahami & tidak menambah tekanan yang ada...namun siapalah saya untuk memaksa orang lain memahami saya...
namun, saya tetap bersyukur kerana suami, mak & adik-adik memahami serta memberi sokongan kepada saya...dalam keadaan ini, pada saya yang paling penting adalah keizinan daripada suami walaupun di dalam hati kecil saya berasa sedih kerana berjauhan dengan suami ditambah dengan perasaan terkilan bila terpaksa memikirkan kata-kata orang lain terhadap kehidupan kami...
kini, setelah hampir 2 tahun menjalani kehidupan PJJ, saya semakin matang & tabah mengharungi kehidupan...saya redha, bersyukur dengan rezeki Allah & saya pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya...saya tidak mahu memikirkan kata-kata sinis dari orang lain kerana hakikat yang paling penting, walaupun saya tinggal berdua dengan anak, saya bersyukur saya tidak pernah menyusahkan sesiapa...

saya juga bersyukur keluarga saya amat memahami & sentiasa menasihatkan saya untuk bersabar dengan dugaan yang datang kepada saya & suami...tidak perlu kami menoleh ke belakang, tetapi yang penting kami hanya perlu fikirkan kehidupan kami kerana itu lebih penting dari segala-galanya...
No comments:
Post a Comment