::Join ChurpChurp::

Wednesday, December 28, 2011

Kenangan Silam

"kenangan silam aku dan dirimu,
berdua sesama bermadu,
saling berjanji sehidup semati,
hakikat di dunia ini".....(lirik lagu bidadari nyanyian lela)

sesungguhnya peristiwa lama yang pernah berlaku dalam hidup seseorang akan tinggal menjadi kenangan...tidak kira sama ada kenangan manis atau kenangan pahit, pasti akan berlegar-legar & terngiang-ngiang di fikiran...kenangan manis seperti keriangan zaman kanak-kanak, bersekolah, belajar di universiti, konvokesyen, bercinta, berkahwin & segala yang manis belaka pasti indah untuk diingati & dikenang...situasi ini sesuatu yang lumrah dalam kehidupan seseorang...

tetapi bagaimana pula dengan kenangan pahit?adakah kita hanya mampu mengingati kenangan yang manis sahaja?pernah terfikir tak, untuk melupakan segala kenangan pahit yang pernah berlaku dalam hidup you all?


saya pasti tidak ada siapa di antara kita ingin mengingati sebarang kenangan pahit yang pernah berlaku dalam hidup kita...namun hakikatnya walau kita cuba untuk melupakan, sedikit sebanyak kita pasti akan teringat...kenangan pahit seperti ditinggal kekasih, kehilangan barang berharga, ditipu rakan sendiri, dituduh melakukan perkara yang tidak baik, kehilangan anggota keluarga atau bermacam-macam lagi yang pernah membuatkan kita menangis atau menyesal sudah tentu membawa kepada perasaan sakit hati, kecewa, marah, sedih, geram & bermacam-macam lagi perasaan yang negatif sekiranya diingati & dikenang...

yang pasti hidup perlu diteruskan & kita tidak boleh terus mengenang segala kenangan silam...kita hanya perlukan kenangan silam tersebut supaya kita dapat jadikan panduan dalam mengorak langkah ke hadapan...berfikir secara positif & jangan jadikan kenangan pahit sebagai halangan untuk kita meneruskan hidup...

p/s: yang baik jadikan teladan & yang buruk jadikan sempadan...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...