::Join ChurpChurp::

Thursday, March 22, 2012

masa mencemburui saya?

hmm, susah betul saya nak update blog sekarang....banyak entri yang bermain-main di kepala & masih dalam peringkat draf, tapi semuanya macam tak lengkap...so tak dapat nak dipublish lagi...ini adalah entri terspontan yang sempat saya buat...

untuk tahun 2012 ni, saya telah ditugaskan untuk berkhidmat di kaunter khidmat pelanggan PPD Segamat...ini membuatkan saya tidak ada masa untuk mengupdate blog sedangkan banyak perkara yang saya nak sharing di sini... 

ketika saya diberitahu perlu bertugas di kaunter khidmat pelanggan, saya rasa tidak yakin untuk melaksanakan tugas tersebut...namun saya tetap menerima tugas tersebut & cuba menguatkan semangat supaya dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin...Alhamdulillah, setelah sebulan berada di sini, tugas saya semakin mudah & lancar... 

walaupun kadang kala saya agak penat & sedikit tension melayan kerenah pelbagai lapisan pelanggan yang datang ke pejabat, saya cuba untuk tidak mengambil hati & tidak mahu mengingati setiap perkara yang telah berlaku...setiap hari, saya akan mulakan dengan buku baru supaya saya dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin...


**berbaik sangka pada Allah, segala takdir itu adalah terbaik untuk kita kerana ia adalah pilihan Allah walaupun hati kita berat untuk menerimanya...yang penting kuatkan semangat dengan hati yang bersama dengan Allah kerana sesungguhnya tiada kesedihan apabila bersama dengan Allah...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...