ok, mula-mula nak cerita sikit pasal family saya...saya anak sulung dari 4 beradik...saya ada 2 orang adik perempuan & sorang adik lelaki (yang bongsu)...saya & adik yang no 2 sudah berkahwin pada tahun yang sama iaitu 2009...sekarang turn untuk adik perempuan yang sorang lagi tu bertunang...majlis ini dibuat di rumah adik yang no 2 di sungai rambai, melaka...
majlis bermula pukul 3 petang...suami saya telah membawa qusyairi pulang sebelum majlis bermula disebabkan ada 2 majlis perkahwinan di kampung...jadi saya boleh concentrate membantu mak & adik-adik mengelolakan majlis ini...adik beradik tak ramai, so kena bertungkus lumus sikit...majlis yang sederhana, namun Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang...
so, lets the pictures tell the story...
adik saya, Bazilah Salleh |
p/s: semoga ikatan pertunangan mereka akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin...insyaAllah...amin...
No comments:
Post a Comment