::Join ChurpChurp::

Friday, August 3, 2012

Salam Ramadhan


3 Ogos 2012 bersamaan 14 Ramadhan 1433;
sedar tak sedar, Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke 14 kita berpuasa...cepat betul masa berlalu...dah 2 minggu berada di bulan Ramadhan, baru hari ni saya berkesempatan untuk post entri ini...rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat rakan-rakan...sama-samalah kita berdoa semoga ibadah kita akan diterima Allah...

memandangkan kita sudah berada di pertengahan bulan Ramadhan, insyaAllah lagi 2 minggu kita akan menyambut hari raya...saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya...Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke 3 saya menyambut hari raya sebagai isteri & mama, tetapi tahun ke 2 berpuasa bersama suami disebabkan tahun 2010 saya bercuti puasa sebulan selepas melahirkan Muhammad Qusyairi pada 11 Syaaban 1431...

walaupun ada kegembiraan untuk saya menyambut hari raya, namun ada juga rasa sedih kerana tahun ini merupakan tahun kelima saya menyambut hari raya tanpa arwah abah...masih teringat lagi raya terakhir pada 2007, saya & arwah abah masak lauk raya bersama, mak menganyam ketupat & adik-adik menyelesaikan persiapan raya yang lain...sememangnya setiap saat saya pasti teringat segala kenangan bersama arwah abah...hari ini merupakan tarikh lahir arwah & saya sangat rindu pada arwah, namun hanya doa yang mampu saya kirimkan, semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman & tenang di sana...amin...Al-Fatihah...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...