::Join ChurpChurp::

Thursday, October 3, 2013

minyak gamat

tengah hari Sabtu lepas, qusyairi jatuh tertiarap atas jalan tar sehingga "terkoyak" di lutut kanan...after jatuh, mama terus basuh luka & bawa qusyairi ke hospital tangkak...

di hospital, doktor sapu ubat kuning & "gam" di bahagian yang "terkoyak" tu...selama 2 hari qusyairi asyik cakap "mama, kaki ayie sakit" & "mama, ayie tak boleh jalan" sehinggakan hanya mahu mama dukung dia untuk ke mana-mana...

tengah hari Isnin, tiba-tiba qusyairi cakap, "mama, kaki ayie sakit ni, ayie nak kena naik kerusi roda ke?"...terdiam mama bila dengar dia cakap macam tu...

lepas tu, mama terus lap bahagian luka dengan kain basah & sapu minyak gamat...Alhamdulillah petang hari yang sama, qusyairi mula bermain macam biasa & rumah kembali jadi "tongkang pecah"...mama tak kisah rumah macam "tongkang pecah" ke apa, yang penting qusyairi kembali aktif seperti biasa...siap dia cakap kat mama, "mama, ayie dah sihat, dah boleh naik basikal"...

seriously, selama 2 hari qusyairi hanya duduk & tidak berjalan, mama rasa "kehilangan"...kadang kala dia merengek kerana terasa sakit, membuatkan mama hampir mahu menangis...ketika itu mama berdoa supaya ditunjukkan jalan untuk memulihkan luka qusyairi...Alhamdulillah, akhirnya minyak gamat yang benar-benar "mengeringkan" luka tersebut...terima kasih Ya Allah...

p/s: sori, tidak ada gambar...mama terlupa hanya kerana terlalu memikirkan jalan untuk memulihkan qusyairi...


1 comment:

inazamri said...

semoga adik ayie segera sembuh.salam kenal n hepi wkend.Done follow

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...