::Join ChurpChurp::

Sunday, January 5, 2014

Alhamdulillah, 3 tahun 6 bulan

hampir sebulan tidak mengupdate blog...ini kerana berlaku masalah sedikit terhadap modem streamyx mama...disebabkan sepanjang bulan disember yang lalu qusyairi tidak mahu ke taska dengan alasan "best friend" dia sudah bercuti, mama terpaksa menangguhkan untuk menghubungi pihak TM kerana ingin memberi sepenuh perhatian terhadap qusyairi...jadi bila qusyairi kembali bersekolah, barulah mama dapat menyelesaikan masalah modem tersebut & hari ni kembali mengupdate blog...

1hb Januari yang lalu, qusyairi sudah kembali bersekolah di taska...walaupun sudah sebulan dia tidak ke taska, Alhamdulillah, tidak ada "drama air mata" selama 2 hari dia bersekolah pada minggu lepas & juga ketika saya menghantar pada pagi ini...qusyairi request untuk bersekolah di taska yang sama, jadi mama masih menghantar dia ke taska permata tersebut...

bulan Januari ini qusyairi genap 3 tahun 6 bulan...Alhamdulillah, mama bersyukur dengan perkembangan dia sekarang...terasa begitu indah bila waktu kami ingin makan bersama, mama & ayah sudah boleh "mengaminkan" doa sebelum makan yang dibaca oleh qusyairi...dia juga sudah menghafal doa sebelum tidur & doa sebelum masuk tandas...

qusyairi juga sudah "free-drypers" sepenuhnya...walaupun pelbagai dugaan ketika mula-mula mengajar dia "free-drypers", Alhamdulillah hampir 5 bulan dia sudah boleh memberitahu masa untuk membuang air kecil & juga air besar...hampir setahun juga qusyairi sudah "free-botol susu"...tidak perlu botol susu lagi kerana dia sudah boleh minum susu menggunakan cawan...

perkembangan dia semasa di taska, dia sudah boleh memegang pensel & pensel warna dengan baik, cuma masih perlu "diasah" untuk teknik mewarna...perkara paling "favourite" dia akan buat ialah dia akan bercerita apa yang dia telah belajar di taska & sudah tentu mama perlu bagi "respon" terhadap apa yang dia cerita...kalau mama setakat cakap "owh" atau "ye" sahaja, mesti dia akan cakap, "mama tanya la kat ayie, jangan cakap owh je"...

kalau ada perkara yang qusyairi kurang faham, sudah tentu banyak soalan yang akan ditanya pada mama sampai kadang-kadang mama tak tahu nak jawab apa kerana terlalu banyak soalan "kenapa"...sekarang ni dah ramai orang yang cakap, cara qusyairi bercakap terang & jelas...ada yang bertanya petua mama mengajar qusyairi cakap...seriously, mama gunakan kaedah 2 hala iaitu bertanya & menjawab...mama juga tidak pernah mengajar perkataan "pelat" kepada dia...

pada 26 Disember yang lalu, mama bawa qusyairi "check up" 3 tahun 5 bulan di klinik desa...berat dia naiklah juga walaupun tak banyak...sambil nurse tu menulis di buku, sempat pulak dia tanya pada mama, "bila nak mengandung lagi?awak merancang lagi ke?"...hmm, rasanya ini dah kali ketiga nurse tersebut tanya soalan yang sama pada mama...mama hanya mampu jawab, "saya dah tak merancang"...hakikatnya mama merancang ataupun tidak, tapi kalau belum rezeki kami, memang tak adalah kan?apa pun mama redha & mama yakin perancangan Allah lebih baik dari perancangan kami...

my dear qusyairi 3 tahun 5 bulan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...