::Join ChurpChurp::

Tuesday, February 18, 2014

"tepuk dada tanya diri sendiri"

sebulan lamanya saya tidak bercerita di blog...bukannya sudah tidak mahu berblog tetapi sepanjang bulan Januari yang lalu, saya & qusyairi mengalami gangguan kesihatan...bukannya gangguan apa tetapi demam, batuk & selsema yang berulang-ulang...

pada minggu kedua persekolahan, qusyairi mengalami batuk & selsema selama 4 hari...selepas saya memberi ubat, Alhamdulillah dia sihat...tetapi selepas itu, saya pula yang berjangkit batuk & selsema selama hampir 2 minggu tidak sembuh-sembuh...

kemudian pada 23 Januari mak saya datang ke rumah saya...esoknya mak saya mula demam, batuk & selsema...selepas mak saya pulang semula ke kampung pada hari sabtu 25 Januari, pagi isnin 27 Januari qusyairi mula demam panas...esoknya dia batuk & selsema semula...qusyairi tidak dapat pergi ke taska selama 4 hari kerana demam, batuk & selsema yang agak teruk...

pagi jumaat 31 Januari saya pula mengalami demam & selsema...adui, dengan batuk yang masih belum sembuh, terasa badan sangat lemah & tidak bermaya...kebetulan ketika itu en suami bercuti sempena hari raya cina, akhirnya en suami membawa saya & qusyairi ke klinik swasta di Bukit Gambir kerana saya rasa sangat perlu untuk saya & qusyairi mengambil antibiotik supaya demam kami tidak berulang lagi...Alhamdulillah, setelah antibiotik kami habis, kami sembuh sepenuhnya...

gambar qusyairi ketika demam..walaupun demam, qusyairi excited paksa mama ambil gambar dia...

tahun ini qusyairi masih bersekolah di Taska Permata Kg Sagil...seperti yang kita sedia maklum, tahun ini negeri Johor mula bercuti pada hari Jumaat & Sabtu...walaupun sudah masuk bulan kedua, kadang kala saya terlupa hari...mungkin kerana masih belum biasa dengan cuti hari Jumaat & Sabtu...

saya ingin berkongsi kisah pada awal qusyairi bersekolah tahun ini...ketika saya hendak balik dari menghantar qusyairi ke taska, ada seorang budak baru yang berumur 3 tahun menangis-nangis nak balik & ayah dia masih menunggu di luar pagar taska...akhirnya si ayah masuk semula ke dalam taska, kemudian dia cakap dia nak bawak anak dia balik...selepas tu dia cakap lagi, kalau anak dia tak sekolah pun tak apa sebab masuk taska ni bukan satu keperluan untuk anak dia...

pada saya, tepuk dada tanya diri sendiri...tahun lepas saya masukkan qusyairi ke taska kerana permintaan dari qusyairi sendiri...saya akui pada mula qusyairi ke taska, ramai orang kampung yang memandang serong sehingga ada yang berkata, "kesiannya anak kecik-kecik dah masukkan sekolah, kenapa tak nak jaga sendiri?"...saya tau orang tak akan percaya budak berumur 2 tahun 5 bln cakap sendiri kat mama & ayah dia yang dia nak sekolah sedangkan ketika itu saya baru 3 bulan menjadi housewife...apa pun Alhamdulillah tahun lepas qusyairi hanya menangis masa minggu pertama & tahun ni langsung tidak ada "drama air mata" dari dia...hakikatnya saya tetap suka qusyairi masuk taska sebab dia "terlalu manja" bila kat umah tapi bila kat taska, cikgu dia cakap dia ok & "boleh bawak diri"...

**sebenarnya qusyairi ada cakap kat mama yang dia pening sebab ramai budak datang sekolah nangis-nangis termasuk 2 orang kawan sebaya dia...sabar je la, mentang-mentang dia tak nangis, dia boleh cakap pening tengok orang nangis pulak...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...