::Join ChurpChurp::

Friday, January 27, 2012

Redha atau Pasrah?

hampir sebulan saya tidak mengepost sebarang entri...ini kerana disebabkan ketiadaan line internet di rumah...selama ini saya menggunakan broadband maxis, tetapi di kampung saya ni, tidak ada signal langsung untuk menggunakan broadband, tak kiralah sama ada maxis atau celcom...insyaAllah saya akan memasang line streamyx untuk memudahkan saya online & mengupdate blog...

sebenarnya jawatan saya di PPD Segamat sejak 15 Jun 2009 adalah Pegawai Tadbir (Kontrak)...perjanjian kontrak saya untuk tahun 2009 adalah selama 6 bulan, untuk tahun 2010 & 2011 pula selama setahun...setiap awal tahun saya & rakan-rakan sekontrak akan diberi tawaran untuk menyambung kontrak selama setahun...

walaupun sudah 2 tahun saya diberi peluang untuk menyambung kontrak, tetapi hakikat yang sebenar, ia bukan jaminan untuk mendapat peluang disambung kontrak setiap tahun, apatah lagi untuk diserap ke jawatan tetap di jabatan kerajaan...jadi setiap hujung tahun saya "perlu" menasihati diri untuk tidak terlalu mengharap akan diberi peluang walaupun saya berdoa untuk diberi peluang tersebut...

hari terakhir saya bekerja untuk tahun 2011 adalah pada 30 Disember...jadi bermula 31 Disember, saya cuba untuk menerima hakikat sekiranya tidak ada rezeki untuk saya bekerja semula, saya akan menjadi surirumah sepenuh masa sebelum mendapat pekerjaan lain...walaupun suami tidak mendesak saya untuk bekerja malah dia tidak kisah sekiranya saya ingin menjadi surirumah, namun saya tetap berdoa akan ada berita gembira untuk saya pada tahun ini...

bukannya saya tidak mahu menjadi suri rumah tangga, tetapi disebabkan saya seorang anak sulung yang sudah biasa berdikari, saya akui saya puas bekerja mencari rezeki membantu suami daripada duduk di rumah...disebabkan mak saya dulu seorang wanita yang bekerja, jadi mak tidak bersetuju sekiranya saya ingin menjadi suri rumah tangga...hakikatnya di hati kecil saya juga ada perasaan lebih mengagumi seorang wanita yang bekerja...opss, maafkan saya kerana ini hanya pendapat saya kerana saya dibesarkan oleh seorang mak yang bekerja daripada saya lahir sehingga mak saya bersara pada tahun 2008...

pada 25 Januari yang lalu iaitu kelmarin, saya mendapat panggilan daripada rakan sekontrak di PPD Segamat, Zool Fadly mengatakan Puan Jamilah dari Unit Perjawatan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) baru sahaja menghubungi dia & mengatakan kontrak kami akan disambung bermula 1 Februari & insyaAllah sehingga hujung tahun iaitu 31 Disember 2012...dalam hati saya terus mengucapkan Alhamdulillah...

namun menurut Zool Fadly, kontrak kami untuk tahun ini bukan lagi Pegawai Tadbir (Kontrak) tetapi adalah Pembantu Tadbir (Kontrak)...saya terdiam & mula berfikir...ini bermakna kontrak kami diturunkan gred...bila diturunkan gred, sudah tentu gaji kami juga mengikut gred jawatan yang baru (diturunkan)...Zool Fadly juga menyampaikan pesanan dari Puan Jamilah meminta saya menghubungi Puan Jamilah kerana menurut Puan Jamilah, beliau tidak dapat menghubungi saya...

saya tidak ingat berapa kali saya cuba menghubungi Puan Jamilah kerana talian beliau sentiasa sibuk...dalam masa saya cuba menghubungi beliau, saya sempat berfikir adakah saya perlu menerima tawaran ini ataupun tidak...walaupun dalam hati mahu mendengar berita ini dari mulut Puan Jamilah sendiri, namun otak tetap ligat berfikir...

setelah saya cuba beberapa kali, akhirnya saya dapat bercakap dengan Puan Jamilah & beliau juga menerangkan perkara yang sama seperti yang diberitahu oleh rakan saya tadi...menurut beliau juga, satu taklimat akan diadakan di Bilik Gerakan JPNJ pada 31 Januari ini pada pukul 3 petang...jadi saya ada masa hampir seminggu untuk berfikir tentang tawaran ini...owh, terasa sukarnya untuk saya membuat keputusan...apa pun saya berdoa saya akan membuat keputusan yang terbaik...jadi, adakah saya akan menerima tawaran tersebut?

(akan bersambung ke entri seterusnya)


p/s: redha atau pasrah? (redha itu terima, pasrah itu terpaksa)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...