::Join ChurpChurp::

Thursday, February 16, 2012

Bersyukur & Redha

sambungan dari entri sebelum ni...

setelah saya bercakap dengan Puan Jamilah, saya terus menelefon suami untuk memberitahu tentang perkara ini & suami menyarankan supaya saya berfikir dengan tenang sebelum membuat sebarang keputusan...

setelah dua hari berfikir, saya membuat keputusan untuk menerima tawaran ini walaupun saya sudah maklum gaji yang ditawarkan tidak sama seperti dulu...kalau difikirkan, gaji yang ditawarkan ini adalah gaji terendah yang akan saya terima sepanjang saya bekerja sejak tahun 2007...walaupun agak sukar untuk menerimanya, saya tetap bersyukur & redha dengan tawaran ini...tidak dapat saya nafikan saya menerima tawaran ini kerana memikirkan yang saya perlu membantu suami dalam meringankan tanggungannya setiap bulan...

jadi, pada 31 Januari yang lalu, saya telah ke Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dengan ditemani oleh suami & anak...di sana saya & rakan-rakan kontrak yang lain diberi taklimat daripada unit perjawatan JPNJ berkenaan jawatan yang ditawarkan & juga untuk mengambil surat tawaran...taklimat bermula jam 3 petang & tamat pada jam 4 petang...


selesai sahaja taklimat tersebut, kami sekeluarga makan dahulu di Bandar Baru Uda bersama rakan sekampung yang bekerja di JB sebelum bertolak pulang ke rumah...Alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah lebih kurang jam 8 malam...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...