::Join ChurpChurp::

Friday, March 30, 2012

because i'm an educated person

1 Mac 2012;
betapa sedih & kecewa hati saya ketika difitnah oleh seseorang...sehingga waktu entri ini di"publish", saya masih tidak tahu siapa orangnya & saya juga tidak tahu apa tujuannya...

saya tidak mahu menuduh sesiapa tetapi saya berpendapat ia adalah angkara rakan sekerja...mungkin ya & mungkin tidak kerana hanya Allah yang maha mengetahui segalanya...

namun saya berpendapat begitu kerana berdasarkan fitnah yang dilemparkan, ia menceritakan keadaan pergaulan saya bersama seorang rakan sekerja yang lain...apabila persahabatan yang ikhlas sesama rakan sekerja disalaherti sehingga dijadikan bahan untuk memfitnah & ia melibatkan pihak lain, terlalu berat untuk saya menerima semua ini...

saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN awak...

saya SENYUM bukan bermakna saya RELA difitnah oleh awak...

saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH...

tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya...

saya SENYUM kerana saya seorang EDUCATED PERSON yang tidak mahu merendahkan martabat saya dengan MEMBUAT FITNAH terhadap orang lain...

dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN Allah sentiasa ADA bersama dengan saya...

hakikatnya saya juga seperti awak punya hati & perasaan...(itu pun jika awak benar-benar ada perasaan)

siapa awak?sampai sekarang saya tidak tahu siapa awak, namun hanya Allah yang maha mengetahui semuanya...terima kasih pada awak kerana telah membuatkan hidup saya huru hara selepas peristiwa tersebut...

walaupun di hati kecil saya ada perasaan terkilan, namun saya redha dengan apa yang berlaku kerana saya akui saya tidak boleh memaksa orang lain menyukai saya...mungkin saya tidak sedar ada tindak tanduk saya yang tidak disukai oleh orang lain...

sedih?memang saya tersangat sedih kerana terkilan yang teramat sangat dengan insan tersebut...namun saya perlu meneruskan hidup & mesti mempedulikan fitnah tersebut kerana jika semakin difikirkan, ia semakin membuatkan saya tertekan...hakikatnya hanya saya sahaja yang tahu siapa saya & niat saya bekerja adalah kerana Allah...jika saya susah, ada ke orang akan tolong saya?

hipokritkah saya jika saya masih mampu tersenyum di kala hati sedang gundah gulana?

p/s: jika ada orang BALING BATU kat kita, balaslah dengan SENYUMAN & balinglah bunga ros pada dia TAPI jangan lupa baling dengan pasu-pasunya sekali...(semoga saya tabah & dapat menghadapi segala dugaan dengan senyuman)



1 comment:

Surianti Ishak @ Yan @Sue said...

Salam,
aku br jmpe blog ko.. peminat ct delima jgk ea...Masuk jgk isu ni kt blog ko ek.. sabo bebanyak coz aku pn turut merasainye.. huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...