::Join ChurpChurp::

Friday, September 28, 2012

Hanya Di Hujung Jari Sahaja (Part 3)

satu lagi aplikasi di hujung jari yang sangat popular & sering saya gunakan adalah penggunaan laman web sosial...laman web sosial adalah satu medium yang dapat menghubungkan kita dengan orang lain secara dalam talian...ia memudahkan kita untuk berhubung & berkomunikasi dengan cepat tidak kira di mana orang itu berada dan juga membolehkan kita mencipta rangkaian sosial kita bersama rakan-rakan lama mahupun bersama kenalan yang baru dikenali...

jika kita menggunakan laman web sosial dengan tujuan yang positif, ia pasti akan memberi kesan positif & banyak membawa kebaikan kepada kita...

saya seorang yang aktif menggunakan laman web sosial sejak dahulu hingga kini...bermula dengan laman web sosial friendster, beralih ke myspace & kemudian tagged ketika itu, akhirnya kini yang saya gunakan setiap hari adalah facebook...


jika dahulu (ketika berstatus single), saya menggunakan friendster, myspace & tagged dengan tujuan untuk mencari kenalan baru yang berjantina lelaki...ini pengakuan jujur dari saya...tapi saya bukan mengenali suami saya menerusi laman web sosial ye...

saya membuat akaun facebook pada 8 Februari 2009 iaitu sehari selepas saya bertunang...jadi sudah tentu saya menggunakan facebook lebih kepada mencari rakan-rakan lama & "keep in touch" dengan mereka, selain mencari kenalan baru yang menjual barangan online (online seller)...ini kerana saya seorang yang suka membeli barangan online...

facebook telah menemukan saya semula dengan hampir kesemua rakan saya dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, usm hingga ke kawan di tempat kerja lama...macam ramai je rakan-rakan saya kan?

ok, sedikit tentang diri saya...saya belajar di tadika & sekolah rendah di Kampong Sagil dari umur 5 tahun sehingga awal darjah 5, iaitu 11 tahun...saya berpindah ke Sek Keb Seri Al-Ulum di Benut, Pontian sehingga saya menamatkan darjah 6 di situ...kemudian saya bersekolah menengah di Sek Men Keb Tun Mamat, Ledang sehingga pertengahan tingkatan dua...saya berpindah lagi ke Sek Men Keb Kulai Besar di Kulaijaya sehingga saya menamatkan tingkatan lima di situ...

selepas SPM, saya belajar selama sebulan di Kolej Islam YPJ sebelum saya ditawarkan belajar di Matrikulasi Sains Fizikal Kementerian Pelajaran Malaysia  di Kolej Chermai, Bahau...kemudian saya menyambung pengajian dalam bidang Sains Komputer di Universiti Sains Malaysia...saya memulakan pekerjaan pertama selepas tamat pengajian di sebuah syarikat swasta di Johor Bahru, Midas Merge Sdn Bhd...kemudian barulah saya bekerja dengan jawatan kontrak di PPD Segamat sehingga bulan lepas...ha, ramai tak rakan-rakan saya?

ok, sambung balik tentang facebook...keberkesanan facebook dalam menemukan saya dengan rakan-rakan lama telah terbukti apabila pada hari raya tahun lepas, saya & rakan-rakan di Sek Keb Sagil Kampong telah berjaya membuat reunion di rumah saya...bayangkan betapa gembiranya saya apabila dapat berjumpa rakan-rakan lama setelah lebih dari 16 tahun tidak berjumpa...


untuk memudahkan saya dalam menggunakan teknologi facebook ini, saya telah menginstall aplikasi facebook di hp Blackberry...jadi saya akan sentiasa mendapat signal di hp jika terdapat "notification" dari akaun facebook saya & setiap masa saya dapat online ke akaun facebook dengan menggunakan hp sahaja...

p/s: bagi yang menggunakan laman sosial untuk berkenalan dengan kenalan baru, berhati-hatilah & jangan mudah terpedaya dengan orang yang hanya dikenali menerusi alam maya...jika ingin berjumpa dengan orang yang baru dikenali tersebut, pastikan membawa rakan atau ahli keluarga bersama...jangan berjumpa dengan orang yang baru dikenali seorang diri...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...