Alhamdulillah saya rasa tenang dengan kehidupan sekarang...seriously, ketenangan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata...sebenarnya ada perasaan sedikit menyesal kerana agak terlambat membuat keputusan ini, namun apakan daya perkara yang lepas tidak perlu dikenang lagi...pengalaman selama ini sudah cukup memberi pengajaran buat saya...
saya akui pada bulan Januari yang lalu saya agak sedikit tertekan bila tidak dapat bekerja kerana saya tidak merancang untuk menjadi suri rumah tangga ketika itu...mungkin kerana saya telah selesa bekerja sejak dahulu...
selama 2 tahun setengah saya bekerja dengan gaji lepasan ijazah, tetapi pada tahun ini gaji yang diterima kurang sebanyak rm1131 dari tahun-tahun sebelumnya...semasa saya & rakan-rakan kontrak lain mendengar taklimat di Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) pada 31 Januari yang lalu, saya ada menyuarakan hasrat untuk bertukar ke PPD Muar...namun menurut pihak JPNJ disebabkan PPD Segamat tidak bersetuju untuk "melepaskan" saya...jadi saya tidak boleh bertukar ke Muar...
memandangkan saya telah membuat keputusan untuk menerima tawaran kontrak tersebut, saya memilih untuk berulang alik dari rumah di Kampung Sagil ke pejabat kerana saya tidak mahu menambah beban dengan menyewa rumah di Segamat...namun jarak dari rumah ke pejabat sejauh 48km sehala membuatkan beban saya & suami lebih kepada kos penyelenggaran kereta...
qusyairi juga sudah mula tidak mahu duduk di dalam "baby seat" walaupun dipujuk dengan bermacam-macam cara...dia mahu duduk di bahagian tengah kereta kerana mahu melihat kenderaan lain sepanjang perjalanan...kadang kala dia bergerak aktif ke tempat duduk belakang kereta...keadaan ini sudah tentu memberi tekanan pada saya kerana sangat mencabar untuk saya memandu dengan keadaan anak yang aktif & mahu mengexplore pelbagai perkara di dalam kereta yang sedang bergerak...tambahan pula, keadaan jalan raya dari Kampung Sagil ke Segamat terlalu banyak selekoh, sempit & kurang rata...
Allah sahaja yang tahu betapa tertekannya saya memandu setiap hari ketika itu...selepas 3 bulan, saya mula rasa tidak larat untuk berulang alik lagi kerana keadaan kesihatan yang tidak menentu ditambah dengan cabaran semasa memandu...keadaan kesihatan saya sangat teruk ketika itu, batuk & selsema yang berulang-ulang...that's why saya tidak dapat mengepost sebarang entri pada bulan April & Mei yang lalu...
pada pertengahan bulan Mei saya cuba menjalani kehidupan PJJ semula iaitu tinggal di rumah sewa bersama qusyairi...namun setiap kali pulang ke rumah sewa, qusyairi bertanya tentang ayah & kadang kala mengajak saya untuk melayani dia berjalan ke rumah jiran...
bila qusyairi sudah merequest macam-macam, saya hampir hilang sabar untuk melayani kerenahnya...jika tahun lepas ketika kami tinggal di rumah sewa, saya boleh terus berehat sebentar selepas pulang dari kerja tetapi tidak untuk tahun ini...saya terlupa yang qusyairi semakin membesar kerana tahun ini dia sudah mula pandai bercakap...akhirnya saya balik seminggu 2 kali tetapi dengan gaji saya yang tidak seperti sebelum ini, sangat membebankan saya & suami...ini kerana jika saya bekerja, kami akan membeli makanan untuk makan malam di kedai...
Alhamdulillah sekarang tidak ada lagi perasaan berdebar-debar sepanjang memandu jauh untuk saya, tidak ada lagi PJJ untuk saya & suami dan yang paling penting adalah kos hidup kami sekarang...tidak ada lagi kos pada penyelenggaraan kereta iaitu minyak kereta (sebulan rm250++), servis kereta 2 bulan sekali & penukaran tayar kereta (sedangkan kereta baru digunakan setahun 6 bulan)...sekarang kami juga tidak perlu membeli makan di kedai dan tidak ada lagi bayaran sewa rumah & bayaran pengasuh setiap bulan...
saya dapat memasak untuk suami & anak setiap hari, dapat mengemas rumah yang selama ini saya ambil ringan kerana perlu mengemas rumah sewa juga dan yang paling penting saya dapat menjaga & mendidik anak saya sendiri...jika dahulu ketika saya bekerja, saya sering terfikir apa yang qusyairi lakukan di rumah pengasuh...Alhamdulillah, sekarang setiap masa qusyairi berada di depan mata saya...

ini bukan sekadar cerita sedih, tetapi hakikat apa yang saya telah lalui...

saya akui ramai rakan sepejabat yang terkejut dengan keputusan saya sehingga ada yang mengatakan alasan saya tidak munasabah...saya tidak terkejut bila ada berkata begitu dengan tindakan saya kerana saya tidak pernah memberitahu kepada sesiapa tentang apa yang telah saya lalui & saya juga seboleh-boleh tidak mahu menunjukkan wajah yang tertekan kepada sesiapa, jadi bukan salah mereka jika mereka terkejut...jika ada yang tidak memahami, tidak mengapa...apa yang penting saya sudah berfikir semasak-masaknya & keputusan ini demi keluarga bukan kepentingan diri saya sendiri...
p/s: terima
kasih yang tidak terhingga pada rakan saya, Salimah yang juga seorang
suri rumah tangga berijazah yang memberi sokongan & nasihat kepada saya dari awal saya membuat keputusan sehingga kini...
1 comment:
maknanya kak letak jawatan la kan?
byk kos juga..lagipon boleh byg jauh juga tu 40+km
Post a Comment