::Join ChurpChurp::

Monday, April 8, 2013

32 tahun sudah!

8 April 2013; genaplah umur saya 32 tahun...Alhamdulillah, bersyukur di atas kurniaan Nya dengan pertambahan usia ini, masih diberi kesempatan bernafas sehingga ke hari ini...ucapan pertama sudah tentu terima kasih pada mak yang telah melahirkan saya...

dugaan untuk saya di hari lahir; qusyairi demam malam tadi...pukul 2.30 pagi dia menangis & muntah lepas batuk...apa pun Alhamdulillah tengah hari ni demam dia dah kebah & sekarang dia tengah tidur lena...semoga qusyairi semakin sihat & aktif seperti biasa...

sejak tengah malam tadi sehingga sekarang, saya masih mereply ucapan & doa dari keluarga & rakan-rakan di facebook...setiap tahun saya pasti mereply semua ucapan kerana saya sangat berterima kasih di atas semua ucapan itu...

semalam, hari Ahad a.k.a "penghujung 31" yang sangat bermakna...pukul 1.30 tengah hari, kami sekeluarga berjalan ke Zoo Melaka...berjalan dari pukul 2.05 petang di dalam zoo sehingga pukul 4 petang...(pergi ke zoo adalah request dari qusyairi)...sememangnya qusyairi gembira semalam kerana dia dapat naik kuda bersama en ayah...lepas makan di Melaka, kami terus balik rumah...pukul 8 malam pula, kami "makan-makan" di Sabak Awor, Muar...tq to my ♥ en suami kerana ambil cuti pada hari semalam setelah 3 minggu dia tidak bercuti...





4 comments:

Unknown said...

happy birthday kak! :) may Allah bless you and your family.

||aLeaSaRa|| said...

alhamdulillah...smga diberkati usia & kshtn,dimurahkan rzki,dipermudahkan sgla urusan amin ^^

Unknown said...

terima kasih ye..In Sya Allah, same goes to u..amin..:-)

Unknown said...

Alhamdulillah, terima kasih di atas doa dr awk..In Sya Allah, amin..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...