::Join ChurpChurp::

Monday, May 6, 2013

Jadilah Rakyat Yang Bijak

salam isnin u all...Alhamdulillah, semalam saya telah selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi...so macam mana dengan u all?


hari ni kita dah tau keputusan penuh pru13 kan?walau apa pun keputusannya, kita sebagai rakyat kena terima & teruskan hidup seperti biasa...biar pemimpin yang menang, menunaikan tanggungjawab mereka...kalau kita rasa YB tu tak ok dalam menunaikan tanggungjawab, 5 tahun lagi, kita pilih pemimpin yang lain pulak...tak susah kan?tak payahlah kita nak gaduh-gaduh tentang politik...


bukannya apa, saya agak pening hari ni sebab sejak malam tadi hingga sekarang, saya tengok banyak sangat spekulasi & kontroversi di mana-mana rangkaian sosial tentang keputusan pru13 semalam...pada saya, jika berlaku ketidaktelusan dalam pengiraan undi semalam, biar je la sebab itu antara mereka dengan Allah...

#saya tak tahu di mana silapnya keputusan pru13 agak lambat untuk diumumkan...pukul 1.15 pagi baru dapat tengok keputusan untuk dun gambir, dun tangkak & parlimen ledang...

saya nak share tentang sesuatu yang menarik di facebook;

Tahukah Anda:
Satu perkara baru yang saya belajar dari PRU13 semalam, hampir enam jam saya bersama kelompok mereka berbekalkan alasan jurugambar bebas setiap kali ditanya oleh mereka. Apa yang saya belajar di sana akan saya kongsikan untuk kita sama-sama berfikir sejenak tentang siapa kita ini.


Apa yang saya lihat adalah remaja mereka begitu berfikiran luas tentang politik, mereka mengambil berat apa yang kerajaan sampaikan hingga ada yang boleh bercerita secara mendalam. Sebab itulah mereka berani bersuara dengan apa yang mereka rasa tidak puas kerana mereka memahami tentang perlembagaan dan hak bersuara mereka.

Sekiranya dilihat, yang DAP ini banyak menang di kawasan bandar. Kawasan orang Cina yang terdedah pemikirannya dengan pelbagai maklumat. Maklumat dari internet dan sebagainya. Orang Cina boleh dikatakan adalah kaum yang paling celik berkenaan 'perlembagaan', berbanding orang Melayu.

Mereka faham, 'kerajaan' dan 'parti politik' itu berbeza. Mereka faham, 'kewajipan' sebuah kerajaan. Jadi, gula-gula mengatakan, kerajaan BN sudah memperuntukkan sekian-sekian jumlah duit kepada orang Cina, tidak berkesan sebab mereka faham itu memang kewajipan 'kerajaan'.

Ibaratnya, kita bayar buruh buat rumah kita. Jadi memang kewajipan buruh tadi bina rumah, siap ada tangga, tingkap, pintu. Takkanlah, buruh yang kita bayar tadi boleh kata, 'Tuan perlu membalas budi saya, sebab saya sudah buat pintu rumah Tuan'.

Kita perlu lihat orang cina dalam usia muda sudah mendaftar sebagai pengundi, berbincang secara ilmiah, tapi kita orang melayu atau bumiputera menanti iphone apa pula bakal keluar, mana lebih baik canon atau nikon, siapa lebih cun nealofa atau wawa, video gyiyomi yang comel dan bercerita keburukan orang lain.


Percayalah kalau SPM pelajar boleh memilih subjek untuk diambil, lebih ramai bumiputera menolak subjek susah dan mengambil subjek yang senang sahaja.

Fikirlah sejenak...apa akan terjadi pada kita jika tiada hak istimewa yang selama ini diberikan kepada kita!!

- Saluddin Ismail & Sumber Internet.
Repost - 4L5


p/s: saya bukan ingin menimbulkan isu perkauman & saya juga tidak pro kepada mana-mana parti politik, tetapi saya nampak situasi ini semasa mengundi di Dun Tangkak semalam...ramai anak muda cina yang turun mengundi...

#renungan untuk kita bersama: anak muda melayu sibuk berkempen dengan membawa bendera naik motor, tetapi berapa ramai yang pergi mengundi?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...