::Join ChurpChurp::

Thursday, June 20, 2013

Program Kesihatan Pergigian Bersama Ibu Bapa

entri yang saya ingin post pada 13 Mei lepas...

pada hari tersebut, saya menghadiri program kesihatan pergigian bersama ibu bapa di taska permata qusyairi...program tersebut bermula jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi...

aktiviti pertama dalam program ini ialah kanak-kanak menggosok gigi seperti yang ditunjukkan oleh nurse di hadapan...selesai menggosok gigi, nurse melakukan pemeriksaan gigi kepada setiap kanak-kanak...pemeriksaan gigi dilakukan kerana mereka ingin memilih kanak-kanak yang mempunyai gigi tercantik...


qusyairi tidak menangis semasa pemeriksaan gigi, tapi dia pandang ke tepi sahaja..bila mama tanya, dia cakap "ayie malu dengan misi la mama"..

kemudian kanak-kanak bersarapan sementara ibu bapa mendengar ceramah berkenaan kesihatan gigi yang disampaikan oleh doktor gigi klinik pergigian ledang...selesai ceramah, nurse menunjukkan cara membuat demontrasi menu makanan sihat untuk kanak-kanak...

selepas demontrasi tersebut, barulah diumumkan pemenang gigi tercantik bagi kategori kanak-kanak lelaki & perempuan...Alhamdulillah my dear qusyairi menang gigi tercantik kategori kanak-kanak lelaki...


selepas pengumuman pemenang, aktiviti terakhir sebelum pulang ialah aktiviti ibu bapa bersama kanak-kanak iaitu melekatkan biji sagu ke dalam gambar yang diberi oleh guru...


2 comments:

aindzaya said...

alaa..tak tunjuk gigi budak pemalu yang cantik tu..nak tengok...

aindzaya said...

alaaa..mana gambar budak pemalu dengan gigi cantik ni...nak tengok closed up T___T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...