::Join ChurpChurp::

Wednesday, September 12, 2012

thank you Allah

hampir penghujung Syawal & minggu kedua di bulan September, barulah saya berkesempatan untuk mengepost entri terbaru...

Alhamdulillah hampir 2 minggu saya sudah berubah profesion...

yes, really happy to share at here, now i'm a fulltime housewife!!!

what happen to me?
kenapa saya ingin menjadi suri rumah tangga sepenuh masa?
orang lain berbangga mendapat kerja, tapi saya boleh berbangga meletak jawatan & menjadi suri rumah?pelik kan?
hmm, tak ada yang pelik kerana inilah jalan penyelesaian terbaik untuk saya & keluarga...
yes, the best way for my family because family is more precious than others...

sebenarnya sejak saya mula bekerja pada bulan Februari yang lalu, saya sudah terasa agak menyesal kerana menerima tawaran penyambungan kontrak pada tahun ini...antara sebabnya adalah risiko perjalanan pergi & balik kerja, kos hidup yang tinggi & keadaan kesihatan saya yang tidak menentu...keadaan kesihatan yang tidak menentu dari segi batuk & selsema yang berulang-ulang & badan terasa letih yang teramat sangat...mungkin faktor usia menyebabkan saya terasa sangat letih selepas memandu jauh...

pada mulanya saya ingin meletak jawatan pada bulan Mac, namun akibat kejutan dengan suatu peristiwa yang menyakitkan, saya menangguhkan keputusan tersebut...saya cuba memaksa diri untuk bekerja walaupun di dalam hati sudah tidak tahan dengan tekanan yang ada...

sudah beberapa kali juga saya hampir mendapat kemalangan disebabkan keadaan jalan raya yang berselekoh, sempit & kurang rata...jika terdapat halangan seperti kenderaan berat ataupun faktor cuaca seperti hujan atau kabus di sepanjang perjalanan, membuatkan saya terasa seperti "nyawa di hujung tanduk"...memang ajal maut kita di tangan Allah, namun sekiranya saya ada pilihan lain, kenapa saya perlu "mempertaruhkan" nasib kami 2 beranak di jalan raya?

setelah hampir 7 bulan cuba bertahan, akhirnya pada hari khamis, 30 Ogos 2012 merupakan hari terakhir saya bekerja sebagai Pembantu Tadbir (Kontrak) di PPD Segamat...Alhamdulillah, niat saya untuk meletak jawatan di sana dipermudahkan Allah...sangat-sangat mudah, tidak ada bantuan dari sesiapa & tidak ada siapa yang tahu kecuali seorang kakak yang telah memberi semangat kepada saya untuk meletak jawatan...

cukuplah perjalanan hidup saya mencari rezeki di sana selama 3 tahun...terima kasih pada suami yang telah mengizinkan saya mencari jalan penyelesaian terbaik untuk keluarga...Alhamdulillah setelah hampir 2 minggu saya terasa tenang & inilah keputusan yang terbaik dalam hidup saya, semuanya demi keluarga...saya redha & berdoa perjalanan hidup kami sekeluarga dipermudahkan...insyaAllah...

di sini juga saya ingin memohon ampun & maaf kepada semua insan yang mengenali saya sepanjang bekerja di sana sekiranya ada yang berkecil hati dengan saya...saya insan biasa yang sememangnya banyak melakukan kesilapan...terima kasih kerana banyak pengajaran yang telah saya terima sepanjang 3 tahun bekerja di sana...


p/s: JANGAN PERNAH MENYESAL mengenali seseorang kerana seorang yang baik akan membahagiakan, yang tidak baik adalah pengalaman, yang terburuk memberi pengajaran & yang TERBAIK ingatlah sebagai KENANGAN...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...