::Join ChurpChurp::

Tuesday, February 5, 2013

jaga hati


mana mungkin manusia yang berhati busuk boleh berbuat sesuatu perkara dengan ikhlas, sedangkan di dalam hatinya penuh dengan prasangka buruk terhadap orang lain...

mana mungkin manusia yang punya sikap iri hati dalam diri boleh memberi senyuman yang ikhlas kepada orang lain, sedangkan di matanya hanya nampak keburukan sahaja...

mana mungkin manusia yang sentiasa merungut terhadap apa yang berlaku pada dirinya akan sentiasa rasa bersyukur pada Allah, sedangkan di dalam dirinya penuh dengan rasa cemburu terhadap apa yang orang lain perolehi...

jadi, mari kita sama-sama berusaha menyingkirkan sikap-sikap negatif itu keluar dari dalam diri seandainya kita inginkan perkara-perkara positif mendekati kita...

"sesungguhnya apa yang kita fikir & kita rasa akan menzahirkan keadaan tersebut di dunia kita yang nyata"

**yang penting adalah jaga hati kita...insyaAllah, Allah akan menjaga diri kita dari perkara-perkara yang negatif...


3 comments:

Qienah said...

betul tu..jg le hati sebaiknya. :)

QasehnyaRania said...

betul tu..hati tak dijaga..habislah

ciksu dah pos semalam :)
semoga selamat sampai nanti ye :D

tahniah

Unknown said...

terima kasih ciksu...sori sbb lmbt bg respon ye...:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...