::Join ChurpChurp::

Tuesday, February 26, 2013

"Saya Bangga Menjadi Surirumah Tangga Sepenuh Masa"

walaupun sudah hampir 6 bulan saya menjadi housewife, masih ada insan prihatin yang bertanya soalan, "tak ada apply keje mana-mana ke?"...jawapan saya sudah tentu "tidak"...kenapa?saya tidak rasa menyesal ke memilih untuk menjadi surirumah?

macam mana saya nak cakap ye?saya tahu bukan mudah untuk orang lain memahami keadaan saya & keluarga...saya pun bukan mahu mencari simpati dengan asyik menceritakan tentang kehidupan saya setiap kali orang bertanya kepada saya...

ini hakikat kehidupan saya...suami saya bukan bekerja "office hour" di pejabat mahupun bekerja "shift hours" di kilang tetapi suami saya adalah seorang pemandu trailer...suami saya akan balik rumah tiap-tiap hari tetapi tidak ada waktu yang tetap untuk dia pergi & balik keje...semuanya bergantung kepada barang yang perlu dibawa & tempat yang akan dituju...yang pastinya, setiap hari, ketika kita semua sedang enak diulit mimpi indah, suami saya sudah keluar bekerja...

kadang kala suami saya bekerja selama lebih dari 12 jam & tidak bercuti langsung selama 2 minggu...saya akui suami saya seorang "workaholic" & komited terhadap pekerjaan dia...dia "happy" dengan pekerjaan tersebut & tidak pernah berniat untuk bertukar ke pekerjaan lain...jadi sebagai isteri, saya memahami & disebabkan itulah saya membuat keputusan untuk berhenti kerja...ini kerana ketika saya bekerja dulu & kami menjalani kehidupan "PJJ", qusyairi sukar untuk berjumpa dengan ayah dia...

hakikatnya apa yang saya buat sekarang untuk diri & keluarga...dulu ketika saya bekerja & menjalani kehidupan "PJJ" selama 3 tahun, ada juga insan yang menyindir dengan situasi kehidupan kami...saya memilih menjadi surirumah bukan kerana ingin duduk goyang kaki di rumah tetapi untuk memberi tumpuan kepada suami, anak & urusan rumah tangga...saya tidak mahu jadi seperti apa yang orang lain harapkan semata-mata kerana ingin menjaga hati & perasaan orang lain..mungkin orang nampak kehidupan saya tidak semewah mereka kerana saya tidak bekerja tetapi saya bersyukur & redha menjadi surirumah...

ini kerana sejak saya menjadi surirumah, mak saya sering datang & tidur di rumah saya..boleh dikatakan setiap 2 minggu mak saya akan datang..masa saya bekerja dulu, saya nak jumpa mak sebulan sekali pun susah disebabkan kekangan masa...setelah banyak kali mak saya datang ke rumah saya, Alhamdulillah akhirnya mak sudah memahami & meredhai kehidupan saya sekarang...saya akui pada mulanya mak agak sukar untuk menerima keputusan saya...yelah, anak sendiri yang mempunyai ijazah memilih untuk menjadi surirumah...cukuplah mak sudah memahami & memberi sokongan pada saya...buat masa ini, saya tak perlukan kata-kata dari orang lain...

#family is more precious than others..♥♥♥



3 comments:

izan mama mia said...

seseakali buatlah keputusan ikut rasa hati sendiri bukan kerana org lain...mg keputusan itu tidak membebankan..saya pun suri juga sbb saya xmau terlepas walau sesaat masa berlalu tanpa anak saya..hiihi..

Khairul Bariah Salleh said...

yup...Alhamdulillah, setakat ni tidak membebankan kami...sy & suami sama-sama tidak mahu terlps melihat perkembangan anak...that's why suami setuju sy jadi surirumah...cuma kadang kala "penat" nak menjawab pertanyaan dari orang lain...:-)

lina said...

tahniah, tugas mulia spjg zaman, amanah allah jgn dipersiakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...