::Join ChurpChurp::

Tuesday, September 3, 2013

jangan sampai kita yang naik angin

bila dengar berita tentang minyak ron 95 & diesel akan naik 20 sen seliter mulai 12 tengah malam tadi, masa tu jugak saya terasa nak ambil kunci kereta & keluar pegi isi minyak, tapi en suami cakap, "tak payah nak keluar pegi isi minyak malam-malam...bukannya isi hari ni, lepas tu minyak tu tak abis-abis sampai bila-bila...dah minyak nak naik, biar je la"...walaupun saya ni housewife, kenderaan untuk saya bergerak ke mana-mana ialah kereta...

en suami isi minyak diesel untuk lori trailer dia, saya pulak isi minyak ron95 untuk kereta kami...nasib baik diesel tu boleh "claim" kat bos en suami..sebelum ni en suami ada cakap susah nak dapat diesel & memang betullah agakan kami, minyak akan naik jugak bila ketika itu dah mula ada sesetengah tempat yang tak ada diesel...

isu minyak naik merupakan isu yang paling "hot" sejak malam tadi hingga ke sekarang ini...bila tengok facebook, macam-macam status tentang minyak yang kita boleh baca...pada saya, tak kisahlah minyak naik ke apa yang naik lepas ni..tapi seboleh-bolehnya janganlah sampai kita yang naik angin tak tentu pasal kat facebook atau sebarang laman sosial lain...cubalah untuk redha kerana hidup kita tetap perlu diteruskan...bukan ke kita kena menghormati pemerintah kita?
(kalau rasa menyampah dengan sistem pemerintahan sekarang, tunggu la lagi 5 tahun)



kecoh-kecoh minyak naik harga ni, ada seorang ustaz bagi petua untuk jimatkan minyak kereta...mungkin boleh cuba diamalkan...:-)
 
1. esok pagi sebelum start enjin keta baca Al-Fatihah...niat sedekahkan pada kedua ibu bapa...

2. hidupkan enjin dan biarkn enjin dalam 5 minit, bergantung pada jenis dan kuasa cc kereta...
3. dalam masa yang sama, baca 3 qul dan niatkan untuk hadiah kepada kedua ibu bapa...

4. matikan enjin...
5. lepas tu start motor pegi kerja...insyaAllah kita boleh jimatkan minyak kereta...
(haha, just joking)


2 comments:

farrah hayati said...

haha....smlm jejalan perabeh minyak yg banyak dengan geng2 uma tgk sume stesen minyak dah mcm ade pesta gamaknye....hehe...mgkin kita rakyat malaysia bole try amalkan gaya hidup sihat p memana jalan kaki je lpas ni...di samping jimat myk dpt exercise kuruskan berat badan..dpt jimat duit beli ubat diet ke herbalife ke kan?? :)

Fiza Rahman said...

Lepas ni harga barangan lain pon mesti akan naik kesan dari kenaikan harga minya. Step by step. Memang naik angin lah ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...